Resipi Pes Kuey Teow Goreng Jimat Masa

Resipi Pes Kuey Teow Goreng Jimat Masa

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi. Menu hari ini untuk lunch KC masak Kuey Teow saja. Tumis Pes yang dah dibuat siap-siap. Letak telur, udang, letak sos tiram, kicap macam biasa kita buat kuey teow, seimbangkan dengan garam gula dan sedikit perasa jika suka. Last letak sawi. Letak minyak bijan sket bagi wangi-wangi kopitiam. Tabur bawang goreng pastu nak makan perah lemon pulak.

Kali ni tak letak taugeh dengan kucai pasal kat kedai tadi dah habis kucai dan taugeh pun dah berbau. So kita letak sawi sajalah. Yang penting sodap dan kenyang. Pes untuk Kuey Teow ni selalunya KC dah buat stock dalam peti siap-siap. Pes yang KC buat ni sesuai untuk nak masak nasi goreng, mihun, mee goreng dan kuey teow. Kalau nak buat daging/ayam/ikan goreng bersambal pun boleh, haritu KC masak lala letak sambal ni campur limau purut dan serai ketuk. Sedap gaiss. Cara buat pes KC ni seperti di bawah.

Blend kesemua bahan-bahan. Kalau nak buat banyak lagi, gandakan bahan-bahan.

Bahan-Bahan:

  • Bawang putih 1 cawan
  • Bawang merah kecil 1 cawan (Nak pakai bawang besar pun boleh)
  • Tomato merah 1 biji
  • Ikan bilis 1/2 cawan
  • Udang kering 1/2 cawan (optional, jika suka boleh tambah udang kering ni, tak suka jangan tambah k)
  • Cili kering kurang pedas dalam 2 genggaman, digunting dan buang bijinya (kc beli kat shopee search kurang pedas). Kemudian rebus cili dan toskan.

Cara Membuat:

Semua bahan-bahan di atas digoreng terlebih dahulu kemudian diblend. Lepas blend kita goreng bagi pecah minyak. Kaedah ni untuk ketahanan lebih lama. Nak letak kat luar dalam seminggu lebih pun takde masalah, janji jangan guna sudu basah. Kene sudu yang bersih.

Tapi kc letak kat peti dingin paling atas (bahagian chiller) tahan 3 bulan dalam peti tu. Dan KC repack sambal kecik-kecik dalam plastik kecik, nak guna just ambil kuantiti yang diperlukan saja. Kalau kita letak dalam balang, bagi sambal yang dah digoreng ni, bila sejuk dia beku dan susah nak korek guna sudu. So langkah repack kecik-kecik ni amat memudahkan.

Nak masak apapun senang. Ikan kembung goreng makan dengan sambal ni pun sodap. Sambal nanti just tambah gula (kc selalu guna gula melaka), garam dan perasa ikut citarasa masing-masing. KC buat pes takde garam gula, kosong ja. Nak masak baru tambah. Sebab kepekatan kuah tu berbeza-beza dengan kuantiti bahan yang kita gunakan. Selamat mencuba.

Kalau Suka Kuey Teow Basah, Boleh Cuba Pes Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Pes Kuey Teow Goreng Jimat Masa

Resipi Oleh: Shida Razak KC