Resipi Bihun Soto Ayam Dengan Bergedil Kentang

Resipi Bihun Soto Ayam Dengan Bergedil Kentang

Semalam punya cerita. Firstime try open order dekat belah utara untuk bihun soto ayam + bergedil. Biasa buat belah KL ja. Semoga dipermudahkan segala urusan. Sambil ziarah kakak yang baru nak sembuh dekat sini. Sebelum nie kakak kite yang open area sini, sejak kakak sakit, suami kakak nak kakak rehat dan stop buat order. Nak isterinya betul-betul sembuh.

Untuk 10 orang makan;

  • Bihun – celur sampai agak lembut
  • Nasi impit – rebus dan toskan
  • Suhun – goreng dalam minyak panas dan toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara
  • Kacang tanah – goreng, toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara
  • Taugeh – buang hitam-hitam tu basuh dan rendam air panas sat ja dan toskan air
  • Bawang goreng – beli siap ja, klu rajin buat sendiri lagi bagus
  • Hirisan daun sup

Bahan-Bahan Sup Soto:

  • 3 sekawan (kayu manis + bunga lawang dan buah cengkih)
  • Rempah sup 5 sudu besar
  • Rempah kurma 2 sudu besar
  • Isi ayam
  • Asam keping sekeping
  • Bahan perasa

Bahan Kisar/Blend:

  • Bawang merah besar 4 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Serai 2 btg
  • Halia besar ibu jari

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, bila dah panas masukkan 3 sekawan (kayu manis + bunga lawang dan buah cengkih). Tumis sekejap boleh, masukkan bahan blend kite iaitu bawang merah besar dalam 4 biji + bawang putih 5 ulas + serai 2 batang + halia besar ibu jari.

2. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah sup dalam 5 sudu besar dengan rempah kurma dalam 2 sudu besar. Buh ayaq dalam dua cawan. Kacau-kacau. Boleh masukkan ayaq dalam 3 jug blender.

3. Bila dah mendidih, masukkn isi ayam ikut nak letak banyak mana. Buh secukup rasa maggie agak-agak sahaja ikut rasa kita. Jangan tawar dan jangan masin. Sesedap rasa sahaja. Buh asam keping sekeping.

4. Ayam tu mesti rebus dalam 40 minit, boleh angkat dan toskan. Dan gorengkan ayam tu sampai tukar keemasan cantik dan angkat. Nanti dah sejuk sikit, carik-carikan sahaja asing tepi.

Bahan-Bahan Bergedil Kentang:

  • Kentang 5 biji
  • Telur 4 biji
  • Daun sup
  • Isi ayam

Cara Membuat:

1. Kentang buang kulit dan potong 4, guna dalam 5 biji besar-besar. Basuh-basuh dan gaul secukup rasa sikit ja. Minyak dalam kuali dah panas goreng ja. Bila dah macam garing sikit ja terus angkat dan toskan.

2. Lenyek-lenyek kentang waktu panas tu bagi hancur sebati. Kalau suka buhlah daun sup tu cincang dengan letak isi ayam carik-carik ke atau daging cincang dalam kentang lenyek tu. Kite tak letak sebab dah ada ayam carik.

3. Bila dah sejuk sikit, boleh mula kepalkan bentukkan macam bergedil tu dan simpan peti ais bawah sat dalam 30 minit. Nanti kacau telor 4 biji buh secukup rasa sikit ja light-light ja.

4. Ambik bergedil dari peti ais tu yang dah sejukkan selama 30 minit tu celup dalam teloq. Boleh mula goreng dalam minyak panas, bila dah garing sikit angkat dan toskan minyak.

Cara Buat Sambal Kicap:

Blendkan bawang putih dalam 5 ulas dengan cili api merah kecik dalam 20 biji buang tangkai. Buh kicap jalen lemak manis, buh perahan limau kasturi sikit. Blend sampai hancur dan masak sat dekat kuali. Boleh tutup api. Siap. Nak makan buh susun ja semua macam dalam gambaq naa.

Boleh Juga Rasa Sambal Kicap Johor Meletup 100% Homemade Ni >> Klik Di Sini

Resipi Bihun Soto Ayam Dengan Bergedil Kentang
dav

Resipi Oleh: Shafiqah Abd Razak