Kuih Muih

Garing Di Luar Lembut Di Dalam Cucur Badak Montok

garing-di-luar-lembut-di-dalam-cucur-badak-montok

Garing Di Luar Lembut Di Dalam Cucur Badak Montok

Sedap sangat-sangat, lembut, glowing dan montok jerr. Pada yang nak mencuba ni resepinya.

Bahan-Bahan:

  • 500 gm keledek yang sudah dikukus
  • 125 gm tepung selfraising
  • Sedikit butter atau majerin (5gm)
  • sedikit garam halus

Lenyek ubi waktu panas-panas bersama garam dan dibiarkan sejuk sebelom campur tepung.

Bahan Inti Kelapa Pedas:

  • 2 biji kelapa parut putih
  • 15 ekor udang segar – digoreng sebentar dan ditumbuk

Bahan Dikisar:

  • 5 biji bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak untuk naik baunya)
  • segenggam udang kering
  • 15 tangkai cili kering dibuang biji (cuci dan rebus toskan airnya)

Cara Buat Inti:

1. Blender semua bahan kecuali kelapa dan udang segar yang ditumbuk. Panaskan minyak dan tumis bahan blender dan udang yang ditumbuk hingga naik bau.

2. Tambah sedikit air asam jawa dan masukan garam, gula dan sedikit maggie cukup rasa Kacau sebati dan masukkan kelapa. Masak hingga sedikit kering.

Cara Buat Doh Cucur Badak:

3. Keledek dikukus hingga empuk dan masa panas-panas tu terus lenyek halus dengan garam. Biarkan sejuk dulu baru campur dengan tepung dan uli hingga jadi doh.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Seri Muka Cawan

4. Timbang setiap doh 30 atau 40 gram dan letak inti. Kemaskan. Kalau melekat sapu tangan dengan sikit minyak masak. Goreng dalam minyak banyak dan api yang perlahan. Sambil goreng, balik-balikkan cucur badak agar cantik bulat dan montok.

Nota:

  • Untuk buat frozen, goreng sebentar dengan api sederhana. Goreng separuh masak dan sejukkan di atas towel kitchen. Baru packing dan frozenkan.
  • Untuk yang nak buat lebih gandakan saja resepi doh ya. Resepi inti memang dapat banyak.
Garing Di Luar Lembut Di Dalam Cucur Badak Montok

Resepi Oleh: Leeina Qaliena