
Resepi Ayam Masak Merah Style Orang Dulu-Dulu
Assalamualaikum, petang ni mekza nak share resepi Ayam Masak Merah style orang dulu-dulu, mekza suka yang ni sebab warna dia smooth aje. Ayam masak merah ni ada 3 versi yang biasa orang masak ketika kenduri kahwin. Versi pertama dulu mekza pernah share, bahan dia pun banyak. Yang ni versi kedua pula, bahan dia sangat lah simple. Untuk versi ketiga, mekza akan share lain kali. Ok jom tengok resepi di bawah.
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
- 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
- 2-3 sdb sos cili cap arnab (hihi ni mekza beli kat kampung mekza)
- Garam dan gula secukup rasa
- 1/2 kotak santan
- 1-2 cawan air
- Serai diketuk
- Bunga lawang dan kayu manis
- 4 biji bawang merah besar
- 7 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 biji tomato
Cara-Caranya:
1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (ketepikan). Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ketepikan).
2. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam goreng dan gaul rata. Kemudian, masukkan santan dan tambah air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan tomato yang telah dipotong, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api. Hidangkan.

RResepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad