Kek

Resepi Mudah Kek Marble Kampung Perisa Kopi

resepi-mudah-kek-marble-kampung-perisa-kopi

Resepi Mudah Kek Marble Kampung Perisa Kopi

Kek marble kampung perisa kopi je tuk minum petang ni dengan nak pulangkan bekas jiran sekali. Resepi untuk 1 adunan kek, akak buat 2 adunan tu.

Bahan-Bahan:

  • 1 cwn mentega
  • 3/4 cwn gula kastor (boleh kurangkn kalau tak suka manis)
  • 1 sudu besar ovellete
  • 4 biji telur (telur gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 cwn tepung berserbuk penaik atau tepung kek (ayakkan tepung terlebih dahulu)
  • 1 sudu teh serbuk kopi 3 in 1 (bancuh dengan sedikit air panas)
  • 1 sudu makan serbuk koko – Boleh tambah emulco coklat kalau warna kurang menyerlah.

Cara Membuat:

1. Putar mentega, gula dan ovellete hingga kembang atau putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla dan susu pekat. Putar lagi hingga sebati. Tutup mixer.

2. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kaup dan balikkan je hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biasa dan satu bahagian masukkan serbuk koko dan bancuhan kopi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Brownies Chip Coklat

3. Akhir sekali, masukkan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing-masing. Selamat mencuba.

Nota: Pastikan loyang dialas dengan baking paper dan disapu dengan mentega. Boleh guna loyang bulat saiz 7 inci.

Resepi Mudah Kek Marble Kampung Perisa Kopi

Resepi Oleh: Norainon Misnor