Resipi Mee Celup Thai Pedas dan Menyelerakan

Resipi Mee Celup Thai Pedas dan Menyelerakan

Adakah anda rindukan suasana tepi jalan di Thailand? Salah satu hidangan ikonik yang paling dicari-cari ialah Mee Celup Thai! Hidangan sup dengan mi yang pedas, masam, dan kaya rasa ini memang terkenal dengan kuahnya yang kaw dan pelbagai jenis protein. Kami akan kongsikan resipi mudah untuk mencipta sup Mee Celup yang sama pedas, sama masam, dan sama kick seperti yang anda nikmati di sempadan.

Bahan-Bahan:

  • Ayam/Daging (sis guna dua-dua)
  • Bawang merah 3 ulas + Bawang putih 4 ulas (tumbuk)
  • Daun sup (potong halus, batang simpan)
  • Daun ketumbar (potong halus, batang simpan)
  • Daun bawang (potong halus, batang simpan)
  • Bawang besar 2 biji
  • Halia
  • Lengkuas
  • Serai
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk lada putih
  • Gula & garam
  • Kiub pati lembu
  • Kicap manis & kicap pekat
  • Nisan kerek/gula melaka
  • Rempah sup Thai (ramuan rahsia)
  • Maggi siam/bihun/mee/kuey teow
  • Limau kasturi/limau nipis

Cara Memasak:

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan rempah sup Thai, actually rempah ni yang buat sup uolls rasa meletop. Masukkan batang daun sup, daun ketumbar, daun bawang, halia, lengkuas, dan serai.

2. Masukkan juga air dan lauk (ayam/daging). Sementara tu letak la kiub pati lembu, nisan, bawang, segala jenis serbuk, garam gula. Didihkan sampai masak. Boleh hidangkan dengan mi dan bahan-bahan lain.

Untuk Bahan Hiasan/Penambah Perasa;

1. Minyak bawang putih – Bawang putih, cincang halus. Panaskan minyak, masukkan bawang putih. Goreng sehingga agak-agak perang. Sejatkan minyak, tunggu bawang sejuk baru satukan minyak dan bawang dalam 1 bekas.

2. Kacang goreng tumbuk – Panaskan kuali, masukkan kacang tanah, salaikan agak-agai perang. Buang kulit, ha tumbuk laa guna kuasa lesung batu.

3. Cili hijau jeruk – Potong cili hijau, masukkan cuka agak-agak tenggelam separuh, masukkan garam gula. Siap.

4. Telur gedik – Rendam dalam air panas gelegak selama 7 minit. Then rendam air sejuk skejap je, pecahkan dalam mangkuk.

Guna Rempah Sup Thai Macam Ni Untuk Rasa Mee Celup Thai Sebenar >> KLIK DI SINI

Resipi Mee Celup Thai Pedas dan Menyelerakan

Resipi Oleh: Nuralia Idayu