Resipi Kek Pisang Marble Coklat Versi Bakar
Lama tak buat kek Pisang, hari ni kita buat versi bakar. Alhamdulillah sangat moist dan gebu kejadiannya.
Bahan-Bahan:
- 5 biji pisang ranum saiz sederhana (Saya guna Pisang Awak – dilenyek)
- 160gm unsalted butter (cairkan)
- 2 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula kastor
- 2sb gula merah/gula perang
- 360gm tepung gandum (diayak)
- 2sk baking powder (diayak)
- 1sk baking soda (diayak)
- 1/2sk esen vanilla
- 1/4sk garam halus
- 2sb serbuk koko/coklat 3 in 1
- Chocolate chip (optional)
Cara Membuat:
1. Lenyek pisang bersama 1 sudu gula. Biarkan dalam 15-30 minit. Cairkan butter dan biarkan sejuk. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula kastor dan gula merah atau gula perang. Pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan baking soda berselang seli dengan butter yang telah dicairkan sambil terus dipukul sehingga sebati. Kemudian masukkan pisang, esen vanilla dan garam. Pukul sebentar hingga sebati.
3. Bahagian adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian campurkan dengan serbuk koko atau coklat 3 in 1 dan kacau hingga sebati. Panaskan oven dengan suhu 160C Selamat 10 minit. Sapukan butter pada loyang 8″ atau 9″.
4. Tuangkan adunan asal dan adunan coklat secara berselang seli. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Taburkan chocolate chip di atasnya.
5. Bakar kek dengan suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak mengikut kapasiti oven masing-masing. Bakar 30 minit dengan api atas bawah dan baki 30 minit lagi dengan api bawah sahaja. Siap!
Guna Loyang Kek 8 Inci Macam Ni Baru Kek Menjadi Elok >> LOYANG KEK

Resipi Oleh: Norfazida Gda


