Resipi Sambal Hijau Mudah Boleh Tahan Lama
Sambal Hijau atau dikenali sebagai Sambal Ijo, walaupun warnanya kelihatan lembut, sambal ini menawarkan keseimbangan rasa yang kompleks iatiu pedas, disusuli dengan sedikit rasa masam yang membangkitkan selera.
Diperbuat daripada cili yang digoreng sekejap sebelum ditumbuk atau dikisar kasar bersama tomato hijau, bawang merah, bawang putih, dan sedikit belacan, sambal hijau bukan sekadar perasa tambahan, tetapi telah menjadi hidangan sampingan wajib yang melengkapkan pelbagai lauk-pauk seperti ayam goreng, itik bakar, atau ikan bakar, menjanjikan pengalaman gastronomi yang segar dan pedas.
Untuk stok sambal 1 kuali macam ni;
Bahan-Bahan:
- Lada hijau 3 pek (kalau baru nak test, 1 pek dah cukup)
- Lada merah 1 pek
- Cili padi 1 pek (ikutlah tahap kepedasan tekak masing-masing)
- Bawang merah 4@5 biji
- Tomato 3 biji
- Belacan – kite guna peket kecik tu, guna setengah je
- Ikan bilis 2 genggam (suka letak banyak, nampaklah banyak sambalnya nanti)
- Gula dan garam
Nota: Bahan-bahan ni takda sukatan yang tepat sebab resepi campak-campak je. Boleh tambah apa yang nak ditambah, nak buat banyak, bahan banyak. Kalau nak buat sikit, bahan sikit, itu je.
Cara Membuat:
1. Potong-potong lada merah, lada hijau, tomato, dan bawang merah. Cili padi tak payahlah sebab kecikkan. Kemudian goreng dalam kuali termasuk belacan sekali, kecuali ikan bilis.
2. Minyak agak-agaklah asalkan boleh layu bahan-bahan tu. Jangan beladong pulak macam goreng ikan tu, yang kite masak ni bahan membukit. Tapi minyak dalam setengah cawan je kot. Kalau baru nak test yang masak sikit tu minyak macam nak tumis-tumis sayur tu je.
3. Bila dah layu, tuang je dalam blender tu. Tak payah tambah minyak lagi, bahan-bahan tu dah licin. Bila dah settle blend, biarkan dulu dalam blender tu.
4. Kat kuali yang sama, goreng ikan bilis pulak. Minyak paras-paras ikan bilis tu je. Bila dah garing, masukkan balik bahan yang diblend tadi dalam kuali ikan bilis tu. Kacau jelah sampai warna dia gelap sikit, letak garam dan gula, anggaran 2 sudu gula. Siap.
5. Kalau makan dengan nasi, sambal tu kite perah limau. Kalau makan dengan roti ke, makan macam tu je. Ikut selera tekak masing-masing.
Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nurzailiasya Zaiera


