Resipi Kuey Teow Goreng Basah Paling Mudah

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Paling Mudah

Senang je buat kuey teow goreng basah-basah. Kalau nak buat untuk berbuka, make sure buat kuah dia dulu siap-siap. Lagi 10-15 minit nak berbuka baru masukkan telur dan kuey teow. Sebab kalau buat awal nanti kembang pula, serap air-air dia tu. Peminat kuey teow boleh lah cuba. Kalau ada tauge dengan kerang lagi sedap. Tapi kita guna apa yang ada je dekat rumah.

Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus kuey teow
  • Kicap lemak manis
  • udang/kerang
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 biji bawang merah rose – dicincang
  • 1 sb cili kisar
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos tiram
  • 4-5 sb kicap sotong
  • 1 cawan air
  • Bahan perasa, garam/gula/aji
  • Sayuran, kucai/tauge

Cara Membuat:

1. Gaul kuey teow dengan kicap. Farah guna satu jenis kicap je, kicap lemak manis. Tu je ada kat rumah, jangan risau stil sedap walau tak guna kicap caramel, kicap pekat semua tu.

2. Tumis 3 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah rose (size kecik), ni portion untuk 1 pack kuey teow tau. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap sotong. Masukkan juga kicap lemak manis, buh sampai warna agak-agak gelap. Letak dalam 8-9 sudu besar.

3. Lepas semua dah menggelak, tambahkan air. Farah masukkan 1 cawan penuh, sebab nak kuey teow kita basah. Lepastu perasakan dengan garam atau aji atau serbuk perasa. Ikut korang lah ye nak letak mana satu. Masukkan gula sikit. Sebab char kuey teow dia kena ada light-light manis dan bagi balance rasa dia dengan cili dan sos-sos tadi. Jangan letak banyak, setengah sudu je.

4. Seterusnya, masukkan udang. Kalau ada kerang boleh masukkan juga, Iagi sedap! Rumah kita ada udang jer sis. Air udang ni lah buat kuey teow kita sedap! Bila air dah menggelegak, masukkan telur ok. Lepastu kacau-kacau manja telur tu. Pastu marilah kita masukkan kuey teow tadi. Boleh masukkan juga daun kucai atau tauge. Siap!

Lebih Sedap Kalau Makan Kuey Teow Dengan Chili Oil Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Kuey Teow Goreng Basah Paling Mudah

Resipi Oleh: Nor Farah Atika