
Resepi Sambal Udang Kering Pedas
Tadi ada Post masakkan kacang panjang sotong udang kering sambal, ade Yang bertanya sambal udang kering nak dapat mane?. Sambal undang kering nie saya buat sendiri, memang selalu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Tidak kira memasak sayur, sambal, bubur, nasi goreng, mee goreng, serta rebusan atau masakkan kering.
Boleh dikatakan bila masakan kita ada yang ini, membuatkan rasanya lebih bertambah sedap. Malah boleh buat popia goreng serunding udang kering. Bila dah cuba buat, saya yakin anda akan kerap guna dalam masakan. Sejujurnya, memang sedap masakan ni.
Bahan-Bahan:
- 300 gram udang kering
- 2 biji bawang besar atau 10 biji bawang merah
- 6 biji bawang putih
- 5 biji buah keras/kemiri
- 4 batang serai
- 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
- 8-10 batang cili kering/3 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil serbuk belacan
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- 3-4 sudu besar minyak masak
Cara Membuat:
1. Bilas udang kering dengan air dan keringkan. Apabila sudah kering, kisarkan udang tanpa air dan ketepikan ke dalam mangkuk.
2. Kisarkan pula bawang, serai, buah keras, cili, serbuk belacan, dan serbuk kunyit sehingga hancur. Kisarkan bersama dengan sedikit air (1/2 cawan).
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang, cili, serai serta bahan-bahan lain yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.
4. Apabila sudah kering, masukkan gul dan gaul sebentar. Masukkan udang yang telah dikisar serta daun limau. Gaul sebati sehingga rata dan masak sehingga betul-betul kering.
5. Tutup api dan simpan sambal dalam bekas yang bertutup, kemudian simpan di dalam peti sejuk.
Resepi Oleh: Nurul Ateekah