Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat

‘Ikan masin tumis darat’ saja kongsi idea untuk hampa yang belum ada idea nak masak apa hari ni.

Bahan-Bahan:

  • 2-3 ekor ikan duri masin/ikan talang masin lagi sedap (potong ikut suka), kalo ada ikan talang masin lagi syok. Rendam dalam air panas untuk kurangkan rasa masin ikan tu kemudian basuh dan toskan.

Bahan Kisar:

  • 1 1/2 biji bawang besar (kut kecik buh la dua biji)
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit air

Kisar semua bahan ini.

Bahan Lain:

  • 4 sudu makan rempah kari ikan cap ‘O’ (buh brand lain pun boleh)
  • 1 sudu makan (rata) serbuk cili
  • 3 1/2 cawan santan daripada sebiji kelapa (jika guna santan kotak guna 1 kotak kecil, saya guna ‘Ayam Brand’ dan masukan air 3 cawan)
  • 2 cubit gula
  • Sedikit bahan perasa jika suka
  • sedikit garam (jika perlu)
  • 1 1/2 pcs asam keping (boleh gantikan 1/2 cawan air asam jawa sederhana cair, kalo buh nanas jangan buh air asam jawa atau asam keping)
  • Terung bulat potong 4 (nak guna terung panjang pun boleh)
  • Kacang panjang tak de pun tak pa (kalo buh nanas lagi sedap)

Bahan Tumis Darat:

  • 1 biji bawang besar hiris nipis (saya guna bawang rose yang kecil hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba campur (tak suka jangan buh yer)
  • 5 tangkai cili kering (potong serong)
  • 2 senduk minyak masak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Satukan bahan kisar, air asam jawa, rempah kari, gula, dan sedikit perasa dalam periuk atau kuali. Masak selama 5 minit nak bagi rempah masak elok, kemudian masukan santan. Apabila santan mula mendidih masukan terung bulat.

2. Terung bulat dah mula lembut, masukan ikan masin (guna api sederhana dan kena kacau selalu untuk elakkan pecah santan). Bila dah mula mendidih ganas, masukkan kacang panjang. Bila sayuran dah lembut, sesuaikan rasa (kalo kurang masin boleh buh garam) dan tutup api. Ketepikan.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis darat hingga agak garing. Kemudian tuang bahan tumis darat dalam bahan berkuah tadi dengan minyaknya sekali. Siap!.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> KLIK DI SINI

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat

Resipi Oleh: Mariana Zainal