Ikan, Makanan Laut

Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

resepi-gulai-lemak-ikan-kembung

Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

Bahan-Bahan:

  • 6 ekor ikan kembung
  • 3 ke 4 biji lada merah
  • cili api secukupnya
  • 1 inch halia
  • 1 inch kunyit hidup
  • air secukupnya
  • 2 btg serai (potong 2 & ketuk)
  • 3 asam keping
  • 1 sudu serbuk kunyit Adabi
  • 4 helai daun limau purut (buang tulang belakang) .
  • 2 kotak kecik santan Adabi
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Blend semua lada, cili api, halia dan kunyit hidup dengan sedikit air sampai lumat.

2. Masukkan bahan blend dan serai ke dalam periuk. Buka api sederhana. Kacau sampai kering.

3. Masukkan air secukupnya. Tambah asam keping, serbuk kunyit dan daun limau purut. Kacau.

4. Masukkan santan. Kacau sampai semua rata. Perasakan dengan garam.

5. Masukkan ikan. Kacau perlahan sampai mendidih sehingga ikan masak. Tutup api. Done.

Resepi Gulai Lemak Ikan Kembung

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo