Resipi Mi Kuah Daging Mudah dan Sedap
Habuan orang nak pergi solat Jumaat. Maaf ye, Siken agak sibuk nak mengarang cerita. Mi kuah daging ni pun sebenarnya ada kenangan juga. Tapi tak mengapalah, kita berehat dulu. Meh layan resepi mi kuah daging cara Siken.
Bahan-Bahan:
- 500g Daging
- Sebungkus mi kuning Numie Gardenia (ikutlah apa-apa saja jenis mi kuning)
- Segenggam cili kering
- 6 biji Bawang merah
- Sedikit udang kering
- 2 ketul ubi keledek oren saiz kecil/sederhana (direbus dan dikisar)
- 1 senduk sos cili
- 1 sup bunjut
- 1 biji telur
- Garam dan gula, ajinomoto sikit
Cara Membuat:
1. Rebus daging, air rebusan jangan dibuang ye. Kisar halus cili kering, bawang merah dan udang kering tadi. Masa ni mula panaskan periuk dan minyak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing, masukkan air rebusan daging tadi dan sup bunjut.
2. Daging dihiris tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Masukkan sekali dalam kuah, masak sehingga daging lembut. Siken tak tambah air dah, cuma guna air rebusan daging dan air daripada baki-baki dalam pengisar.
3. Bila kuah sudah mendidih, besarkan api serta pecah masuk sebiji telur dan kacau laju-laju. Jangan lambat nanti telur berketul, kita nak kuah tu ada selirat-selirat telur (tak faham buat-buat lah faham). Bila telur dah masak elok, kecilkan api seperti normal.
4. Telur dah sebati dengan kuah, masukkan sesenduk sos cili dan kacau sebati. Ubi keledek siap direbus, dikisar halus dengan air rebusannya. Pastikan daging dah lembut ya baru dimasukkan kisaran ubi keledek tadi.
5. Perasakan dengan garam dan gula serta sedikit ajinomoto (tak guna sila abaikan). Kuah mesti rasa lemak-lemak manis sedikit tapi bukan manis leting, masak sehingga kuah mendidih, kecik kan api. Biar dia mereneh lama sikit dalam 10 minit. Sebab letak ubi kan, nak elak cepat basi.
6. Rasa apa yang kurang, sila tambah. Sesedap rasa boleh tutup api dan siap dihidang. Nak guna untuk kuah mi udang pun boleh, cuma jangan letak daging dan sup bunjut. Guna air rebusan udang sahaja dan udang rebus dulu sekejap, ditoskan.
Ini resepi Siken. Sesedap rasa dan kena dengan tekak suami. Tolong jangan bandingkan resepi hampa pulak, ikutlah macamana pun. Nak cuba silakan share. Nak guna untuk niaga pun boleh, sebab ramuan tak banyak.
Peminat Mi Bandung atau Mi Rebus, Boleh guna Pes Ni Lebih Cepat >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nikiysaron Nikiysa


