Resipi Rahsia Sambal Hijau Ketagih Memang Padu

Resipi Rahsia Sambal Hijau Ketagih Memang Padu

Hantu sambal sila cuba Sambal Hijau versi terbaru cikgu kali ini. Sampai jadi ketagih dah. Minggu lepas buat licin dah dua hari lepas. Petang kelmarin cikgu asyiklah teringat-ingat. Terus masuk dapur masak lagi.

Ada penambahan satu bahan yang cikgu tak sangka boleh naikkan lagi kesedapannya. Orang perut sensitif pedas bolehlah cuba ya. Makan cicah bersama ulam atau regu lauk dengan apa-apa sahaja semua ngam ya.

Semoga bermanfaat.

Bahan Utama:

Bahan paling utama, udang bari. Wajib ya kena ada. Penyedap nombor 1 sambal ketagih lebih padu. Panaskan minyak. Goreng sekejap 2 genggam kecil udang bari kurang seminit untuk menaikkan baunya. Kemudian goreng ikan bilis segenggam pula seketika. Jangan sampai keras garing. Udang bari yang siap digoreng diketepikan dahulu.

Sediakan Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland saiz kecil sahaja
  • 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
  • segenggam ikan bilis yang digoreng seketika tadi

Gunakan air sedikit sahaja buat syarat mesin boleh kisar lumat.

Bahan Kisar B:

  • 3 genggam cili padi hijau Thai (tak nak pedas langsung kurangkan kuantitinya, lebihkan cili hijau besar)
  • 11 tangkai cili hijau besar
  • 2 pohon daun ketumbar (kalau spoil dengan rasa & aromanya, tak payah letak ya)

Bahan Perisa:

  • garam & gula sesuaikan kuantiti ikut selera sendiri ya
  • 2 kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu kecil pes asam jawa

Cara Membuat:

1. Tumis bahan kisar A tadi guna minyak yang sama. Biar bawang naik bau & kekuningan dahulu selama 4-5 minit. Kemudian barulah masukkan bahan kisar B. Tumis selama 8 minit sambil kacau-kacau. Biar masak pecah minyak.

2. Masukkan pula bahan perisa seperti diberitahu. Sambung tumis lagi selama 2 minit. Kemudian, bolehlah tutup api. Cikgu tunggu sambal ni suam sekejap barulah masukkan udang bari yang telah disediakan tadi.

3. Tunggu sambal sejuk, masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti. Cara simpannya; Simpan dalam bekas kecil sedikit-sedikit. Nak makan dalam tempoh 2 minggu tu sambal ni tahan dalam peti chiller. Selebihnya simpan kat freezer dulu.

Boleh Cuba Sambal Hijau Minang Ni Juga, Memang Sedap Rasanya >> SAMBAL HIJAU

Resipi Rahsia Sambal Hijau Ketagih Memang Padu

Resipi Oleh: Afy AL Habibi