Mee

Resepi Mee Champa

resepi-mee-champa

Assalamualaikum, saya pasti ramai yang ternanti-nanti resepi sup champa ni kan?. Mee champa pedas berasap ni boleh berpeluh satu badan, hari ini saya share resepi yang pasti meleleh air hidung. Selamat mencuba.

Resepi Mee Champa

Bahan Kuah:

1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni, tapi kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

Caranya:

1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Bone broth ni bagus untuk kesihatan kita.

Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh buang lagi airnya. Masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi, kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5 atau 6 jam.

2. Sementara daging kita empuk, anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar).

3. Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang kita bakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan, sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.

Time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan, korang kene tapis guna penapis supaya bawang-bawang dan segala rempah tak masuk dalam mangkuk mee tu. So, dapat kuah yang suci bersih je.

Sambal Lada

Bahan-Bahan:

4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

Caranya:

1. Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas. Kemudian, toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap.

Minyak Bawang Puitih

Bahan dan cara buat:

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.

Aksesori Lain:

kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

+ Psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi.

Resepi Mee Champa

Resepi Oleh: Tahrunnisah Jali