Resipi Masakan Kenduri Sambal Udang Bersantan
Menu wajib bila kenduri di rumah mak mertua adalah sambal udang, sebab abah mertua menjala udang. Hari tu mak mertua buat 10kg udang pengantin masak sambal. Kalau mak mertualah masak sambal udang memang sedap sungguh. Sebab ada santan.
Aku belajar masak sambal udang bersantan ni dari beliaulah. Rasa manis dari udang segar dan gula melaka asli. Rasa lemak-lemak santan sungguh sedap. Resepinya, kita buat 15-20 ekor udang
Bahan-Bahan:
- Udang segar
- 7 bj bawang putih
- 10 bj bawang merah kecil
- 1 1/2 senduk cili kisar
- Air asam jawa
- 5 sdb santan
- Hirisan bawang holland/petai
- Gula melaka
- Garam dan perasa
Cara Memasak:
1. Bila menyiang udang, buang usus dengan menggunakan lidi dan potong separuh kepala sahaja. Ekor semua tak payah potong. Ini cara mak mertua aku. Lumurkan udang dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak. Letak tepi.
2. Pakai minyak gorengan udang semula. Tumis bebawang dalam kuali sampai naik bau. Bahan biasa saja. Bawang putih 7 biji dan bawang merah kecil 10 biji ditumbuk.
3. Masukkan cili kisar 1 senduk setengah, agak-agak. Tumis sampai pecah minyak. Ulang tambah air 2 atau 3 kali dan reneh sambal Masukkan air asam jawa, rasa masam tapi bukan masam sangat.
4. Hiris bawang holland dan masuk dalam sambal. Kalau ada petai masuk time ni. Masukkan udang yang telah digoreng. Masukkan hirisan gula melaka. Sambal udang perlu manis sedikit, baru sedap. Begitulah cara mertua. Masukkan garam dan perasa.
5. Akhir sekali, masukkan 5 sudu besar santan. Kami selalu pakai santan kara. Time ni bau dia, boleh berpinggan nasi. Selamat mencuba.
Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Juga >> SAMBAL MINANG

Resipi Oleh: Syalfa Rina


