
Menu Sedap Nasi Tomato Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun
Haza min rahmatillah “Alhamdulillah dah siap saya masak, hari ni saya plan nak pi melawat anak bujang, anak no 2 di asrama. “Sekolah Agama Sik Kedah”. Maklumlah anak tak dapat balik bulan ni busy study tahun ni dah nak SPM.
So saya masak Nasi Tomato dan sedikit kuih karipap yang saya buat kemarin, kek batik yang saya buat malam tadi. Boleh jemput kawan-kawan dia 6’7 orang makan sekali ramai-ramai. Rezeki di kongsi bersama.
Dari penang nak gerak ke Sik Kedah, semoga selamat semuanya, Inshaa Allah. Hari Sabtu waris boleh melawat anak-anak.
Bahan Nasi Tomato:
- 6 mangkuk kecil beras basmathi cuci bersih, kemudian rendam sekejap 1/2 jam.
- 1 labu bawang besar mayang
- 3 ulas bwg putih
- 2 inci halia potong mancis
- Suku cawan susu cair
- 1 peket rempah nasi tomato cap IMaN
- 6 sdb sup tomato kimball
- 3 sdb Minyak sapi + minyak biasa sikit
- 3 helai daun pandan simpul
- 2 batang serai ketuk
- 3 sekawan Bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak sapi dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan 3 sekawan sampai keperangan. Kemudian, masukkan daun pandan, rempah nasi tomato, sup kimball dan susu cair.
2. Masukkan garam sikit serta tambah sedikit air, bila dah menidih padam api dan tuang ke dalam beras basmathi. Sukatan air agak-agak pastu masak nasi macam biasa. Okey dah siap.
Bahan Ayam Masak Merah:
- 2 ekor ayam potong kecik, gaul garam kunyit, goreng separuh masak. Ketepikan.
Bahan Kisar:
- 3 biji bwg besar
- 4 ulas bwg putih
- Halia + lengkuas
- 3 btg serai
- Cili kering ikut kepedasan, saya agak-agak saja
- 4 biji cili merah
Bahan Tumis: Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, dan 2 btg serai diketuk.
Bahan Tambahan:
- 1/2 cawan susu cair
- Daun pandan
- Sos cili
- Sos tomato
- Sedikit garam + gula
Caranya Memasak:
1. Guna minyak goreng ayam tadi, kalau banyak kurangkan ia. Kemudian tumis bahan tumis, bila dah wangi masukkan bahan kisar. Masak sampai pecah minyak baru masukkan semua bahan tambahan.
2. Biarkan didih, biar sampai betul-betul masak dan warna merahnya cantik, api sederhana. Bila dah masak last sekali tabur daun sup. Okey dah siap.
Bahan Jelatah Timun dan Nenas Kacang Tumbuk:
- 1/2 biji nenas, potong kecil
- 1/2 biji timun potong nipis
- 2 biji cili merah potong nipis
- 1 labu bwg besar mayang halus
- 1/2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak, kemudian tumbuk kasar
- 3 or 4 sdb SOS CILI cap ARNAB – Sos ni wajib baru sedap buat jelatah macam ni, sos lain tak sesuai atau kurang sedap. >> https://shope.ee/9zQaliEUGu
Cara Membuat: Satukan semua bahan dan gaul bagi sebati. Tak perlu masukkan garam atau gula Sos Cap Arnab dah secukup rasa. Okey senang saja dah siap, hasilnya macam dalam gambar.
Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya