Resepi Mini Keria Gula Melaka
Kuih paling senang nak buat. Makan sekali hadap jer kome. Cukup ngam rasanye. Ok Jom cikedot.
Bahan Buat Keria:
- Keledek
- 5 Sudu besar tepung gandum
- 1 Sudu kecik baking soda
- 1 Sudu kecik garam
Bahan Buat Salut:
- 1/4 Gula merah atau kabung
- 1 Sudu gula pasir
- 1/2 Air
- Daun Pandan
Cara Membuat:
1. Rebus dulu keledek kemudian lenyekkan. Tambah tepung gandum, baking soda dan garam sampai adunan tak melekit dekat jari. Lepastu, bentukkan ikut suke hati.
2. Panaskan minyak kemudian goreng sampai bertukar kaler gelap sikit. Ketepikan. Dia akan nampak crunchcy di luar dan lembut di dalam.
3. Kemudian buat sira gaulkan keria tadi sampai sebati. Siap. Mudah je kan. Senang sangat. Sape jenis hantu keria bole cuba.
Nota: Nak keria rasa crunchcy bila makan, letak baking soda dalm hujung hujung sudu. Letak masa nak uli. Semoga membantu resepi ni. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Inul Daroji