
Resepi Cucur Udang Tak Serap Minyak
Bahan-Bahan:
- Tepung gandum – 1/2kg
- Tepung beras – 2 tbsp
- Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
- Telur – 2 biji
- Taugeh – 1 cawan
- Kucai
- Udang kertas (kopek kulit)
- Udang biasa (untuk hiasan atas)
- Air – 3 Cawan
- Garam – Secukup rasa
Cara Membuat:
1. Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
2. Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perapkan je sebab kita tak guna baking powder tau. Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng nanti.
Cara Nak Goreng:
1. Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
2. Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap!. Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
Nota: Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas tu, guna senduk lain untuk letak atas dia.
Bahan dan Cara Buat Sos:
- Cili masak
- Bawang putih
- Gula
- Garam
- Cuka
- Sos cili
- Tepung jagung – bancuh dengan air
+ Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Resepi Oleh: Tyra Manan