Resepi Pau Gebu Tanpa Kedut Cantik Elok

Resepi Pau Gebu Tanpa Kedut Cantik Elok

Pau tanpa kedut seribu, dah banyak resepi saya try yang ni menjadi elok lembut gebus mulus sampai malam. Sebelum ni buat pasti jadi nenek nenek si bongkok tiga. Selalu gibab bila buka tutup periuk kukus tu. Sekarang dah jumpa resepi yang betul-betul jadi ni rasa cam nak mengepau jerr. Hati pom tak de bedebar-debar dah bila buka periuk tu. Suka sangat.

Bahan-Bahan:

  • 1 sdb yis
  • 1 cwn air suam
  • 2 sdb gula

Larutkan semua bahan dia atas, tutup biar yis kembang.

Bahan Kering:

  • 3 cwn tepung gandum
  • 2 sdb shotening
  • Secubit garam
  • 1 sdb susu pekat (kalau tak de skip jer)
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 sdb baking powder

Cara Membuat:

1. Dalam bekas, ayak tepung dan baking powder. Tuang air yis tadi dan gaul rata. Masukkan secubit garam, susu pekat dan shotening. Uli-uli manja jer sampai licin dan tak lekat kat tangan. Saya uli 5 minit jer, last baru letak minyak. Uli bagi sebati dan perap selama 30 minit.

2. Lepas 30 minit, tumbuk buang angin dan uli sekejap lagi. Timbang dan rounding, buh inti kesukaan dan perap lagi selama 10 minit (bekas tutup tau).

3. Bila air kukusan dah mendidih, kukus pau tadi dengan api sedang saja (tutup kukusan kena balut tuala yang bersih supaya air tak menitik atas pau). Doh pau saya 23 gm jadi saya kukus selama 6 minit. Kalau doh besau keno la tambah masa mengukus.

4. Dah cukup masa, angkat dan ketepikan kukusan pau tadi. Biarkan selama 2-3 minit baru buka penutup dan baru dapat hasil yang gebu mulus cam ni. Selamat mencuba.

Nota Bonda:

Untuk mendapatkan hasil yang flawless, anda perlu kuasai tiga perkara ini:

  1. Doh yang Licin (Proper Kneading) – Uli doh sehingga betul-betul elastik dan permukaannya nampak licin. Jika anda menggunakan mixer, pastikan adunan tidak melekat di dinding mangkuk. Doh yang licin di awal proses adalah jaminan untuk kulit yang licin di akhir proses.
  2. Gunakan Tepung Pau/Hong Kong – Tepung ini telah dikhususkan untuk pembuatan pau. Ia menghasilkan warna yang lebih putih dan tekstur yang lebih halus berbanding tepung gandum biasa.
  3. Teknik Mengukus yang Betul – Balut penutup kukus dengan kain supaya wap air tidak menitik. Gunakan api sederhana sahaja—api yang terlalu kuat akan menyebabkan pau naik mendadak dan kemudian mengecut (collapsing) apabila diletakkan di suhu bilik.

Tips “Anti-Kedut” Paling Berkesan:

Setelah pau masak, jangan terus buka penutup kukus! Tutup api dan biarkan pau berada di dalam kukusan selama 2-3 minit. Ini membolehkan suhu di dalam kukusan turun perlahan-lahan dan mengelakkan kejutan suhu yang menyebabkan kulit pau mengecut dan berkerut.

Guna Pengukus Macam Ni Kuih Pau Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resepi Pau Gebu Tanpa Kedut Cantik Elok

Resipi Oleh: Eja Derol