Resipi Lepat Ubi Kayu Lemak Manis Sedap

Resipi Lepat Ubi Kayu Lemak Manis Sedap

Resipi Kelmarin saya buat versi tanpa Santan. Pagi tadi ke Pasar jumpa lagi Ubi Kayu. Cantik-cantik baru dicabut. Dan jumpa juga selonggok Daun Pisang.

Hishhh tak boleh jadi, nak buat lagi lah Lepat Ubi petang ni. Kali ni nak letak Santan, dan akhirnya saya memilih lebih suka versi tanpa Santan sebab lebih padat rasa ubinya dan lebih kenyal. Baiklah ini resepi versi dengan santan.

Bahan-Bahan: Sukatan dapat 25 biji

  • 4 cawan Ubi (selepas diperah)
  • 2 cawan Kelapa Parut Putih
  • 2 cawan Gula Merah
  • 3sb Gula Pasir
  • 1/2sk Garam Halus
  • 1/2 cawan Santan Pekat

Cara Membuat:

1. Bersihkan ubi. Kemudian potong kepada 2 atau 3 bahagian. Cuci bersih. Potong bentuk kiub. Untuk mudah dikisar. Kisar halus dan letak atas kain bersih untuk proses tapisan dan perahan.

2. Seterusnya, gaul semua bahan lain bersama ubi kayu yang dah diperah airnya kecuali santan. Letak santan sedikit demi sedikit dan gaul rata.

3. Daun Pisang celur sekejap. Proses layukan daun, dah layu angkat dan toskan. Letakkan sesenduk adunan atas daun pisang. Lipat dan bungkus sampai habis. Susun atas pengukus.

4. Mula mengukus. Kukus selama 30 minit hingga masak. Dah siap kukus. Sejukkan. Sedia dihidang. Selamat Mencuba.

Guna Pengukus Macam Ni Baru Lepat Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Lepat Ubi Kayu Lemak Manis Sedap

Resipi Oleh: Mizah Ngatiman