Ayam

Ayam Goreng Kunyit Bawang Putih Rangup

ayam-goreng-kunyit-bawang-putih-rangup

Ayam Goreng Kunyit Bawang Putih Rangup

Semestinya semua pasti mengemari hidangan ringkas, mudah disediakan tapi lazat ini. Dikawankan dengan nasi panas, kicap manis dan sambal merah… Emmm tak terkata sedapnya. Namun adakalanya ayam yang digoreng tidak rangup seperti yang kita nikmati di restaurant. Cubalah resepi ini, pasti terpikat.

Bahan-Bahan:

  • 2 keping Dada ayam dipotong sederhana kecil
  • 4 ulas bawang putih di cincang kasar
  • 1 labu bawang besar di hiris
  • 2 biji cili padi di titik (opsyen untuk rasa pedas)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kunyit serbuk
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam (secukup Rasa)
  • 1 cawan minyak masak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Gaulkan dada ayam yang dipotong bersama, serbuk kunyit, garam dan sos tiram. Perap 10 minit. Panaskan minyak di dalam kuali non stick.

2. Gaulkan perapan ayam dengan tepung jagung ketika hampir nak menggoreng. Goreng ayam berjarak supaya tidak melekat antara daging ayam.

3. Bila garing kekuningan balikkan ayam. Masak hingga keseluruhan ayam garing. Masukan hirisan bawang merah, Cili api dan bawang putih. Goreng bersama ayam hingga garing.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Hitam

4. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Ayam Goreng Kunyit Bawang Putih Rangup

Resepi Oleh: Shirlyna Hassan