Resipi Sambal Goreng Indonesia Bertambah Selera
Resipi sambal goreng yang di ajar oleh jiran dari Indonesia. Ada sekali tu dia datang rumah hakak dan buatkan sambal ni.
Serius sedap sangat makan dengan ikan kering atau ikan goreng, tauhu, tempe dan ulaman macam timun, pucuk ubi, terung bakar, kacang botol dan sebagainya. Hakak tak tau lah nama sambal ni di tempat kita panggil apa. Tapi jiran Indo tu panggil sambal goreng aje.
Bahan Hiris Kasar:
- 4-5 batang cili merah
- 2-3 batang cili hijau
- Segenggam cili padi hijau
- Nak pedas guna cili padi merah
- Sebiji bawang besar – Nak sedap guna bawang kecil rose
- 3-4 ulas bawang putih
- 1-2 biji tomato – Ganti tomato cherry lagi sedap
Bahan Lain:
- 1 ketul belacan
- Garam, gula dan Perasa
Cara Membuat:
1. Goreng semua bahan bersama seketul belacan. Bila dah layu, boleh di angkat. Kemudian boleh tumbuk atau diblend kasar. Pastu goreng semula dalam minyak yang sama.
2. Perasakan dengan garam, gula dan seasoning macam pasti sedap atau cukup rasa. Rasa sambal manis-manis pedas. Kalau nak masam boleh perahkan limau atau cuka. Siap.
Sambal ni tahan lama kalau simpan dalam peti sejuk.
Nota:
Tip Simpan Sambal Tahan Lebih Lama
- Pecah Minyak – Masak lama dengan api kecil sampai air cili kering dan minyak naik ke permukaan.
- Steril Balang – Guna balang kaca yang dicuci air panas dan wajib kering sepenuhnya.
- Lebihkan Minyak – Pastikan ada lapisan minyak menutupi permukaan sambal dalam balang (sebagai pelindung).
- Sudu Bersih & Kering – Jangan guna sudu basah atau sudu yang bercampur sisa makanan lain.
- Simpan Sejuk – Letak dalam chiller (tahan 2 minggu) atau freezer (tahan berbulan-bulan).
Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Juga >> SAMBAL MINANG

Resipi Oleh: Nija Lim


