Resipi Pes Sambal Ikan Bilis ala MarryBrown

Resipi Pes Sambal Ikan Bilis ala MarryBrown

Saya nak sharekan Pes Sambal Ikan Bilis ala-ala MarryBrown. Memang saya selalu buat bila buat nasi lemak. Pes ni banyak kegunaanya, contoh makan dengan mee kari, lontong, nasi impit atau dengan kuah kacang. Boleh juga makan dengan bee hoon goreng dan mee goreng. Nak lagi sedap buat nasi goreng, gaulkan jer dengan nasi putih tu, simple kan?. Paling best boleh la buat sambal kering ikan bilis dengan kacang. Siapkaan jer awal-awal, senang kerja di dapur.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan cili kisar
  • 1 kiub stok ikan bilis
  • 2sb asam jawa + 1 1/2 cawan air
  • 2 btg serai
  • 1 sb cuka

Bahan Kisar:

  • 10 bijik Bawang kecik
  • 10 biji Bawang putih
  • Seruas ibu jari Halia
  • 5 biji buah keras

Blend semua bahan-bahan di atas.

  • 1 1/2 genggam ikan bilis
  • 2 bijik Bawang besar (bawang merah)

Blendkan juga asing.

Bahan Sos:

  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Kicap pekat

Semua sos ni agak-agak banyak mana sambal tu nanti.

Cara Membuat:

1. Tumis bahan-bahan blender sampai pecah minyak dengan serai. Lepastu masukkan cili kisar, api biar tenang-tenang ea. Biar pelan-pelan pecah minyaknya. Lepastu masukkan air asam jawa.

2. Jaga api jangan bagi masak cepat-cepa ea. Tu nak kena tenang-tenang masak sambal. Dah agak nampak dah kering dan pecah minyak, masuk lagi sedikit sahaja air panas. Perlahankan api.

3. Masukkan gula putih ikut sukatan cili, akan nampak tukar merah cantik. Seterusnya, masukkan sos kicap masin, manis, dan pekat. Gaulkan sehingga agak-agak pekat tu tambahkan lagi air panas, 1/2 cawan sahaja ea. Ni step masak sambal.

4. Dah nampak mesra semua bahan, masukkan bawang dan ikan bilis yang kita blendkan. Sukatan air blend 1 cawan setengah sebab tak mau melimpah pulak kuahnya nanti. Perlahankan api biar tenang-tenang.

5. Tambhkan sikit asam jawa kalau ada rasa kurang masam manis dan masin. Selepas hampir kering, tutupkan api. Masukkan dalam 1 sudu besar cuka untuk tahan lama dan pes juga tak rasa pedas sangat.

Nota: Saya tak letak garam ea sebab dah ada stok ikan bilis dan ikan bilis itself dah masin.

Boleh Cuba Sambal Minang Ni. Pedas dan Sedap Juga >> KLIK DI SINI

Resipi Pes Sambal Ikan Bilis ala MarryBrown

Resipi Oleh: Autumn FarahFied