Resipi Kek Pisang Makan Dengan Sos Kastard
Ada sesuatu yang sangat istimewa tentang bau kek pisang yang sedang dibakar memenuhi segenap ruang dapur. Tetapi, tahukah anda cara untuk menaikkan lagi taraf kek pisang biasa menjadi hidangan pencuci mulut bertaraf hotel? Jawabannya adalah, Sos Kastard Berkrim.
Kemanisan semulajadi daripada pisang yang ranum, dipadankan dengan sos kastard yang lemak-lemak manis dan sejuk, memang satu kombinasi yang perfect! Jom kita tengok rahsia untuk hasilkan hidangan ini.
Rahsia Kek Pisang Yang Sangat ‘Moist’
Masalah utama kek pisang ialah ia mudah menjadi kering atau keras. Untuk pastikan kek anda kekal lembap walaupun sudah sejuk;
- Gunakan Pisang Yang Betul-Betul Ranum – Jangan guna pisang yang baru kuning. Gunakan pisang yang kulitnya sudah mula ada bintik-bintik hitam. Itulah pisang yang paling manis dan aromatik.
- Jangan Terlebih Pukul (Overmix) – Selepas masukkan tepung, cukup sekadar kaup balik sehingga rata. Jika dipukul terlalu lama, gluten akan terbentuk dan kek akan menjadi keras seperti roti.
- Pilihan Lemak – Menggunakan minyak masak (seperti minyak jagung atau bunga matahari) biasanya menghasilkan kek yang lebih lembap berbanding menggunakan mentega sepenuhnya.
Bahan Kek Pisang:
- 6 biji pisang
- 2 + 1/2 cawan tepung gandum
- 2 tsp bikarbonat soda
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp garam
- 4 biji telur
- 1/2 cawan Krimer Pekat Manis
- 1 tsp esen vanila
- 120g butter (cairkan dan sejukkan)
- 1 cawan chocolate chips
- 1/2 cawan coklat coin
Cara Membuat:
1. Lecek pisang hingga halus. Dalam mangkuk berasingan, campurkan semua bahan kering. Campurkan pisang lecek dengan mentega cair, gula, telur, dan esen vanila. Masukkan campuran bahan basah ke dalam bahan kering dan kacau sehingga sebati.
2. Masukkan cip coklat dan gaul rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diolesi mentega. Bakar pada suhu yang telah ditetapkan (biasanya 175C) selama kira-kira 45 minit atau sehingga masak.
Bahan Sos Kastard:
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan air
- 2 sudu gula
- 1 + 1/2 sudu tepung custard
- 1 tsp esen vanila
Cara Membuat:
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata dan masak di atas api sederhana hingga mendidih dan sos menjadi pekat. Matikan api dan biarkan sos sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.
4. Tuangkan sos ke atas kek pisang. dan nikmatilah. Psssstttt.. gambar dibawah guna loyang 9 dan dah siap bakar dipotong 4.
Guna Loyang Kek 8 Inci Macam Ni Baru Kek Menjadi Elok >> LOYANG KEK

Resipi Oleh: Hazila Baharudin


