Resepi Lauk Masakan Kenduri Pesamah Daging

Resepi Lauk Masakan Kenduri Pesamah Daging

Kadang mai teringin nak makan nasi kenduri lauk macam ni, tak dak pulak orang nak jemput kenduri. Dah terasa teringin masak sendiri jalah, pesamah daging nie dulu-dulu fames sebelah Utara kalo ada kenduri kahwin baru ada. Tapi sekarang payah dah nak jumpa, pesamah daging dan nasi minyak kuning.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging – potong 10 ketul
  • 1 1/2 bungkus rempah KARI daging
  • Segenggam gula merah/1 keping gula kabung
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cwn susu cair
  • 3 sudu mkn kerisik
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Sedikit Garam

Bahan Tumis:

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 ulas bawang merah – mayang
  • 3 ulas bawang putih – mayang
  • 3 cm halia – potong mancis
  • Batang kulit kayu manis
  • Biji buah pelaga
  • Kuntum bunga lawang
  • Kuntum bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan -simpul
  • 3 tangkai daun kari

Bahan Kisar:

  • 2 labu besar bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar

Cara Memasak:

1. Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik. Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing.

2. Masukkan daging yang digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul-betul pecah minyak. Part nie mengambil masa yang lama dalam sejam lebih, Sebab nak reneh daging sampai lembut.

3. Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam. Masak lagi dengan api perlahan sampai betul-betul pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Okey, dah siap.

Ops! resepi Nasi; Nasi minyak masak macam nasi minyak biasa, cuma letak perwarna kuning sikit.

Cuba Juga Sambal Daging Dendeng Ni, Memang Padu Rasanya >> LIHAT DI SINI

Resepi Lauk Masakan Kenduri Pesamah Daging

Resepi Oleh: Qasih Jue Aisya`