
Resepi Mudah Brownies Kedut Kurang Manis
Siap dah brownies kedut saya untuk santapan keluarga. Cara saya ni mudah saja, semua orang boleh buat. Saya memang suka buat sendiri, kurang manis and kene dengan tekak kami yang tak suka makan manis-manis sangat, just perfect. So sapa nak try resepi KC boleh try ok, resepi seperti dibawah.
Bahan A:
1. Cairkan bahan-bahan di bawah dalam microwave 1 minit atau double boil;
- 50g butter ( kc guna salted butter Anchor)
- 50g minyak masak
- 150g dark chocolate coin/bar
2. Dah cair kacau-kacau sebati letak tepi dulu.
Bahan B:
3. Masukkan ke dalam basin;
- 2 biji telur gred A atau B
- 1/2 tps esen vanila
- 140g Brown sugar – saya guna dark molases sugar lebih sedap sebab dia lemak manis yang rasanya kurang manis. Kalau nak, jadikan 130g pun boleh untuk brown sugar ya. Laras kemanisan anda mengikut jenis gula pilihan anda k. Ikut citarasa masing-masing.
- 1/2 tsp garam
4. Kacau rata dan sebati saja semua bahan-bahan di atas ya. Agak-agak gula dah larut, berenti mengacau. Masukkan bahan A ke dalam bahan-bahan B. Gaul rata, sebati saja.
Bahan C:
5. Ayakkan bahan-bahan di bawah;
- 100g tepung gandum
- 1/2 tsp baking powder (kalau nak hasil yang fudge lagi, jangan letak baking powder k)
- 25g serbuk koko (kc guna vanhouten)
5. Masukkan bahan C ke dalam adunan sebati A & B. Gaul sebati. Hasil dia memang adunan tu akan jadi likat, itu yang kita mau. Nak rich lagi. Boleh cincang coklat bar dalam 1/2 cup, gaul dalam adunan sekali. Nanti dia melting-melting coklat masa kita gigit.
6. Sediakan loyang 8×8 inci yang dah sapu butter and kertas pembakar. Masukkan adunan dan bakar ke dalam oven dengan suhu 170⁰C, selama 30-35 minit ikut capasiti oven masing-masing. Jangan over cook nanti kering sangat pulak, just nice gitu k. Amik lidi, cucuk, bila dah tak melekat masak la tu.
Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Shida Razak KC