Resepi Sambal Ikan Cuka Masam Pedas Sedap
Menu hari ni simple jer, sambal ikan cuka. Sedap ni resepi Mak. Husband request masak. Ikan selar kembung, Husband yang pilih dan beli. Dia pakar bab pilih ikan ni. Zara tahu siang ikan, masak dan makan jer.
Bahan Untuk Ikan:
- 4 ekor ikan kembung/selar/sardin (dibersihkan)
- Garam dan kunyit secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Untuk Sambal:
- 10 tangkai cili kering (rendam air panas dan buang biji)
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- 1 sudu kecil belacan (jika suka)
- 1 sudu besar air asam jawa (tukar pada cuka)
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 1 biji tomato – optional
- 3 helai daun limau purut – optional
- 1/2 biji bawang kuning
Cara Memasak:
1. Goreng Ikan; Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Sediakan Sambal; Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, dan belacan hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi. Masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar.
3. Masukkan tomato (optional) dan daun limau purut (optional). Tambah asam atau cuka, garam, dan gula. Sesuaikan rasa. Masak hingga sambal sedikit pekat dan seimbang masam, manis, dan pedasnya.
4. Masukkan Ikan: Masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam sambal. Masuk bawang kuning hiris bulat, gaul sikit jer bagi basah kat sambal. Tambah daun limau purut.
5. Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur. Biarkan sambal meresap ke dalam ikan selama 5-10 minit dengan api kecil. Siap!.
Selain Sambal Ikan Cuka, Boleh Cuba Minang Ni Juga. Memang Sedap >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Zara Jane Al Qadry


