Resipi Cheescake Mudah Sesiapa Pun Boleh Buat
Siapa kata nak buat cheesecake yang sedap macam dekat kafe mahal tu susah? Sebenarnya, ada rahsia untuk buat pencuci mulut yang nampak mewah tapi cara buatnya “pejam mata pun boleh jadi”. Teksturnya yang sangat berkrim, lembut, dan sejuk memang sangat memuaskan tekak.
Bahan A: Loyang 8 Inci
- 250g cream cheese
- 50g butter
- 100 ml susu segar
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 1/4 susu kecil garam
- 60g tepung kek/tepung superfine
- 20g tepung jagung
Bahan B:
- 140g gula kastor
- 6 biji putih telur
- 3/4 sudu kecil jus lemon
Cara Membuat:
1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati menggunakan whisk.
3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan jus lemon sekali. Kemudian, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). Gula dimasukkan sedikit demi sedikit ya.
4. Kemudian, campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B dan kacau sebati. Sediakan tin atau loyang bulat berukuran 8 inci. Lapik bawah dan sisi dengan baking paper.
5. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek pada suhu 160c selama kira-kira 1 jam dengan kaedah bain-marie (waterbath). Selamat Mencuba.
Nota:
Ramai yang takut kek mereka retak di tengah (macam gempa bumi!) atau menjadi kering. Ikuti teknik ini;
1. Teknik Mandi Wap (Water Bath/Bain-Marie) – Ini adalah langkah paling wajib. Letakkan loyang kek di dalam loyang lain yang lebih besar yang berisi air panas. Wap air ini akan memastikan suhu di dalam oven kekal lembap supaya permukaan kek tidak kering dan retak.
2. Bahan Suhu Bilik – Sama seperti versi tanpa bakar, pastikan cream cheese dan telur berada pada suhu bilik. Jika bahan sejuk, adunan akan berketul dan anda terpaksa memukul lebih lama, yang mana akan menyebabkan terlalu banyak udara masuk ke dalam kek.
3. Jangan “Over-mix” Selepas Masuk Telur – Pukul keju dan gula sehingga licin, tetapi sebaik sahaja telur dimasukkan, pukul perlahan sahaja sekadar sebati. Udara yang terlalu banyak akan menyebabkan kek naik mendadak semasa dibakar dan mengecut (collapse) sehingga retak selepas keluar dari oven.
4. Proses Penyejukan Perlahan – Apabila kek sudah masak, jangan terus keluarkan! Tutup oven, buka pintu oven sedikit (gunakan senduk kayu untuk ganjal), dan biarkan kek sejuk di dalam oven selama 1 jam. Perubahan suhu yang drastik adalah punca utama kek mengecut.
Guna Loyang Kek 8 Inci Macam Ni Baru Kek Menjadi Elok >> LOYANG KEK

Resipi Oleh: Khairunnisa Mohammad


