Resipi Donut Mudah Newbie Pun Boleh Buat

Resipi Donut Mudah Newbie Pun Boleh Buat

Pernah dulu ambil order buat donut. Pukul 4 pagi dah bangun nak menguli tepung. Buat dalam 4 kg tepung. Dapat la dalam 200 biji. Donut kampung je. Uli pun pakai tangan. Nak beli mixer tak berani. Sebab masa tu duit pun cukup-cukup nak rolling modal. Alhamdulillah sempat juga buat selama 3 tahun.

Selepas tu ambil keputusan untuk tempah kat orang je. Sebab saya tahu. Buat kuih ni penat. Nak jual mahal orang fikir empat belas kali. Padahal nak buat dia memerlukan masa, kudrat dan tenaga. Memang saya salute pada penjual kuih. Kalian memang hebat. Tetiba rasa nak mendonat. Marilah saya share resepi mendonat. Simple je. Follow je step by step. Newbie pun boleh pandai buat ni. Boleh buat untuk jualan juga. Sila lah ye.

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum 1kg
  • Marjerin 4 sudu
  • Yis 1 paket
  • Susu pekat 4 sudu
  • Garam 1 hujung sudu kecil
  • Air suam 2 cawan
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula kastor untuk dibedak nanti

Cara Membuat:

1. Sediakan 2 cawan air suam. Tuang 4 sudu susu pekat dan kacau. Masukkan sedikit garam, kacau. Masukkan pula yis dan kacau lagi. Ketepikan.

2. Masukkan 1 kg tepung gandum ke dalam besen. Masukkan 4 sudu marjerin. Ramaskan tepung dan marjerin. Kemudian, ambil yis yang sudah kembang tadi, tuang ke dalam adunan tepung. Uli sampai sebati. Dah siap uli, boleh wrap bahagian atas besen. Supaya doh mengembang dengan cepat.

3. Dalam 30 minit, doh dah kembang. Boleh tumbuk-tumbuk tepung untuk keluarkan angin. Tabur tepung di atas papan dan roller. Taburkan juga atas dulang. Ambil sedikit doh, terapkan di atas papan. Boleh guna acuan donat. Kalau takde, boleh je guna bahagian atas cawan. Cawan ni saya guna untuk sukat air suam tadi. Yang terap guna cawan, boleh guna hujung jari untuk lubangkan donat. Baru ada rupa donat. Kemudian, susun atas dulang.

4. Panaskan minyak. Goreng donat. Pastikan minyak betul-betul panas, tetapi tidaklah terlalu panas. Boleh try goreng sebiji dulu begini untuk lihat rupa kejadian donat. Toskan donat yang sudah digoreng. Kemudian bedakkan donat dengan gula kastor. Sedia dinikmati.

Guna Acuan Donut Macam Ni Untuk Bagi Donut Bulat dan Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Donut Mudah Newbie Pun Boleh Buat

Resipi Oleh: Nurjuwaini Aziz