Resipi Kuih Talam Keladi Lemak Manis Sedap
Sekali sekala terfikir, sayang kalau ilmu yang ada tak dimanafaatkan. Alhamdulillah yang rajin pm tepi nak belajar sampai jadi (foc) dah boleh buat talam dengan cantik dan confident terima tempahan. Bak kata sorang baker tu masak ni tak de sape salah sape betul, rasa ok follow, tak ok lihat saja dan yang penting hasilnya. Kali ni nak share talam keladi yang tak kurang ramai peminatnya.
- Loyang 10×10
- Loyang 8×8 separuh adunan
Bahan Lapis Bawah:
- 225 g tepung beras cap teratai
- 20g tepung ubi
- 1 1/2 tsp garam
- 300ml santan kara + 1 tbsp minyak masak
- 600 ml air
- 200g keladi – kukus (buat terus banyak-banyak, siap pack 200g dan simpan freezer, guna keladi siam)
Bahan Lapis Atas:
- 125 g tepung gandum
- 250 gula pasir (nak kurangkan pun boleh)
- 4 biji telur B
- 250 ml santan kara + 1 tbsp minyak masak
- 350 ml air
- Pewarna ungu
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan lapis bawah dalam bekas kecuali keladi. Tapis dan masak dalam periuk hingga mula memekat baru masukkan keladi (penyetkan sikit tapi jangan hancur sangat).
2. Dah masak, tuang dalam loyang yang dah dialas dengan plastik (jangan berketul pekat nanti permukaan keladi tak licin). Masukkan dalam pengukus dan kukus selama 25 minit. Nak cepat, api kuat dalam 15 minit dah masak.
3. Campur semua bahan lapis atas, tapis dan masak dalam periuk hingga naik wap sahaja (sedikit pekat tapi masih mengalir laju bila dituang untuk dapatkan permukaan yang licin).
4. Dah masak, tuang atas lapisan bawah tadi yang telah dicakar dengan garfu. Kukus lagi selama 25-30 minit. Bira betul-betul sejuk baru potong dengan pisau plastik. Boleh potong 8×8 atau 9×9.
Boleh Guna Loyang 10 Inci Macam Ni Baru Kuih Senang Untuk Dipotong >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Sapurah Rajulan


