Resipi Talam Keledek Unggu Lemak Manis Sedap
Lama sangat-sangat tak post masakan, tetiba terajin ni. Saya repost balik resepi kak Iedaa Jahaya ni. Kali ni saya guna loyang 7 inci, memang sesuai tingginya.
Bahan-Bahan:
- 1 cwn keledek unggu yang dah direbus dan dilenyek (untuk bahagian atas)
- 1/2 cwn keledek dadu (kukus sekejap) untuk bahagian bawah
Bahan Untuk Lapisan Bawah:
- 1 cwn tepung beras
- 1 1/2 sdb tepung ubi
- Sedikit garam
- 1 cwn santan pekat
- 1/2 cwn santan cair
Cara Buat:
1. Sebatikan dulu bahan ni kemudian tapis masuk ke dalam periuk. Masak guna api sederhana. Kacau hingga dah nampak nak pekat, masuk ubi yang dikukus tadi. Kacau sekejap.
2. Bila dah pekat adunan, tutup api. Tuang dalam loyang. Sebelum tu sapu minyak kat loyang, lapik plastik ye. Kukus selama 20 minit.
Bahan Untuk Lapisan Atas:
- 1 bji telur
- Esen vanilla (optional)
- 1 cwn santan pekat
- 1/2 cwn santan cair
- Pewarna purple (optional)
- 1/2 cwn gula pasir
- 1 cwn ubi keledek yang telah direbus, blend bersama santan
- 1sdk tepung beras
- 1/2 cwn tepung gandum
Cara Buat:
3. Sebatikan semua bahan, kemudian tapis masuk ke dalam periuk. Masak dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Tuang atas lapisan bawah, sebelum tuang cakar-cakarkan sikit lapisan bawah ye.
4. Kukus selama 25 minit. 5 minit sekali buka tudung kukusan supaya air tak menitis atas lapisan. Kalau nak balut tudung dengan tuala bersih pun boleh, tak payah angkat dah. Siap. Bila sejuk baru potong.
Nota:
Loyang saiz 7 inci macam ni >> LOYANG 7 INCI
Guna cawan/sudu metrik

Resipi Oleh: Sue Suraya


