Resipi Kuih Kayu Kamat Makan Dengan Kuah Kacang

Resipi Kuih Kayu Kamat Makan Dengan Kuah Kacang

Hari ni buat menu dari negeri Terengganu, Kayu Kamat makan dengan kuah kacang. Kuih ni memang senang buat dan sedap, tiap kali buat pun tak cukup. Makan macam tu saja pun dah sedap, anak makan banyak tanpa cicah kuah.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan air suam
  • 3 sb gula pasir
  • 1 sk yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking soda
  • 1sk butter/marjerin
  • Secubit garam

Cara Membuat:

1. Larutkan gula pasir bersama air suam. Kemudian, masukkan yis dan kacau. Biarkan yis mengembang dalam 10-15 minit. Dalam bekas lain campurkan tepung gandum, baking soda, butter atau marjerin dan garam. Gaul hingga sebati.

2. Tuangkan larutan yis ke dalam bekas tepung dan gaul hingga sekata. Uli sekejap dan bulatkan. Tutup bekas dan rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga menjadi dua kali ganda.

3. Tumbuk doh untuk membuang angin. Bahagikan doh kepada 3-4 bahagian dan canai secara berasingan setiap satunya. Potong doh memang mengikut saiz yang diingini.

4. Panaskan minyak untuk mengoreng. Ambil satu doh dan tarik sedikit, pusing bahagian hujung agar terbentuk elok. Goreng semua doh dengan mengulang langkah yang sama sehingga keperangan.

5. Angkat dan toskan lebihan minyak. Kuih ini enak dinikmati begitu saja atau bersama kuah yang bersesuaian atau bersama kuah kacang atau pun sambal. Siap!.

Makan Kuih Kayu Kamat Dengan Kuah Kacang Ni Memang Sedap! >> KUAH KACANG ISTIMEWA

Resipi Kuih Kayu Kamat Makan Dengan Kuah Kacang

Resipi Oleh: Norfazida Gda