Kuih Muih

Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah

resepi-bingka-ubi-kayu-gula-merah

Resepi Bingka Ubi Kayu Gula Merah

Bahan-Bahan:

4 cawan ubi kayu yang telah dimesin dan diperah
8 keret manisan gula merah
1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan air
4 camb tepung ubi
Secubit garam
Sehelai daun pandan

Cara Membuat:

1. Ubi kayu dimesin atau disagat. Kemudian, diperah dengan kain. Simpan air perahan, bila dah mendap buang air dan ambil patinya.

2. Masakkan manisan dan gula dengan 2 cawan air dan sehelai daun pandan. Sekadar manisan hancur sahaja, tak perlu sampai pekat ya. Tapiskan.

3. Satukan ubi yang diparut dengan patinya. Kemudian, masukkan tepung ubi, air gula, santan dan garam. Gaul sebati.

4. Lenserkan loyang dengan marjerin/mentega. Masukkan adunan tadi, letakkan sedikit hirisan mentega di atas adunan.

5. Bakar dengan suhu ovan 160°c atau suhu bergantung kepada oven masing-masing. Bakar hingga masak selama 1 1/2 jam.

6. Bila nampak dah berkerak bahagian tepi dan atas kueh, dah kira masak lah tu. Potong dan hidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Lapis Pelangi

Resepi oleh: N Joy Cooking – MAHN