Resipi Kurma Ayam Perap Bertambah Rasa
Semalam aku masak kurma ayam, buhla telur rebus 5 biji juga. Berselera anak-anak makan lepas balik sekolah. Sorang 2 pinggan.
Selain kari ayam perap, kurma ayam perap antara menu yang suami dan anak-anak aku suka makan and kerap aku masak tahun ni, just tak sempat share resepi je. Lauk ni la aku rasa keep orang tanya aku bila aku jamu orang makan, aku share resepi cara aku ye masak ye. Cara aku.
Bahan-Bahan:
- 7 Ketul paha ayam – dikerat 2 dan diperap dengan 1 sdb rempah kurma
- 2 Sdb rempah kurma
- 1/2 bj bawang holland – dihiris
- 1 bj tomato – dibelah 4
- 2 bj kentang – dibelah 4
- 1/2 cawan air
- 2 Sdb plain yogurt
- 3/4 kotak kecil santan
- 2 Sdb kerisik
- Garam dan perasa
- Rempah 3 sekawan
- Minyak untuk menumis
- Daun kari
Bahan Kisar:
- 2 bj bawang merah
- 6 bj bawang putih
- 1/2 bawang holland
- 1 bj buah keras
- Cili besar merah
- Cili besar hijau
Cara Memasak:
1. Aku guna 7 ketul peha ayam dikerat 2. Perap dengan rempah kurma 1 sudu besar. At least 1 jam.
2. Bawang merah sederhana besar 2 biji + bawang holland setengah biji saiz sederhana jugak, bawang putih 6 ulas dan buah keras 1 biji. Blend semua.
3. Sediakan penumis 3 sekawan, tomato 1 biji dibelah 4, 2 biji kentang, daun kari dan bawang holland baki setengah biji dihiris, cili besar merah dan cili hijau besar.
4. Ok ambil periuk ke, kuali ke, buh minyak, tumis semua bahan di (rujuk nombor 3) sampai naik bau. Ye.. tumis je sekali kentang dan tomato tu. Tomato tu biar hancur pun takpe.
5. Seterusnya, masukkan bahan blend dan kacau sampai warna tumisan tu kuning sedikit. Masukkan ayam perap kita tadi, setengan cawan air dan tambah rempah kurma 2 sudu besar. Biar air ayam keluar jugak.
6. Masukkan yogurt plain, or greek yogurt 2 sudu besar. Masukkan air ikut kuah dan masukkan santan 3/4 kotak kecil. Kurma kalau nak sedap jangan banyak santan sangat. Tu bagi akulah.
7. Masukkan kerisik 2 sudu besar jugak. Ni yang buat rasa dia mantul ni. Kuah pekat pecah minyak elok. Reneh sampai ayam masak masuk garam perasa semua.
8. Ok tutup api. Aku masuk telur rebus jugak. Anak aku tu hantu kari telur, kari ayam, kurma telur, rempah-rempah ni diorang suka betul padahal baru semalam aku masak kari telur.
Ini, makan dengan ikan masin, sambal belacan ke. Pergh! Selamat mencuba.
Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Syalfarina Razali


