Resipi Pau Kampung Inti Kelapa Menjadi Elok

Resipi Pau Kampung Inti Kelapa Menjadi Elok

Buat pau kampung inti kelapa je hari ni. Sedap makan time hujan macam ni, pau masih panas-panas dengan air panas. Alhamdulillah.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 cawan air suam
  • 2sb gula
  • 1sb susu pekat
  • 2sk yis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk ovalett
  • 1sk butter/marjerin
  • 1/4sk garam
  • 1 biji telur gred C (dikacau)
  • Inti kelapa manis atau lain-lain pilihan

Cara Membuat:

1. Kacau gula dan susu pekat bersama air suam sehingga larut. Masukkan yis dan kacau. Biarkan yis mengembang dalam 10-15 minit.

2. Dalam bekas lain, gaul tepung bersama ovalett, butter atau marjerin dan garam. Kemudian, masukkan telur dan gaul lagi. Akhir sekali, tuangkan larutan yis dan gaul menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Uli doh sebentar, bulatkan dan tutup bekas dengan kain. Rehatkan doh selama 1 jam atau sehingga menjadi dua kali ganda.

3. Tumbuk doh untuk membuang angin. Bahagikan doh kepada doh-doh kecil dalam 12-16 biji. Letak inti kelapa setiap satunya dan bulat-bulatkan hingga licin.

4. Letak doh yang telah dibentuk di atas alas yang sesuai atau ke dalam loyang yang telah disapukan sedikit minyak secara berjarak. Rehatkan doh sekali lagi dalam 5-10 minit.

5. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus doh selama 7 minit dengan api yang sederhana. Siap!.

Guna Pengukus Macam Ni Kuih Pau Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Pau Kampung Inti Kelapa Menjadi Elok

Resipi Oleh: Norfazida Gda