Resipi Seri Muka Gula Melaka Bunga Telang

Resipi Seri Muka Gula Melaka Bunga Telang

Hai hampa kali ni saya nak share resepi kuih tradisional pulak na. First time buat kuih seri muka tak kira hijau ka merah ka, Alhamdulillah jadi jugak resepi Google ja (madihaa blogspot). Cuma tukaq bawah tu boh bunga telang, sedap sangat lembut dan manis just nice, of course permukaan atas tak begitu mulus, ada jerawat, next time kita pecahkan buih-buih yang menjadi punca pimples tu.

Bahan Lapisan Bawah:

  • 1 cawan beras pulut, rendam 4 jam (saya pakai pulut susu siam, tak payah rendam, putih suci ja, basuh, dan sejat airnya)
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 5 kuntum bunga Telang, bersihkan

Bahan Lapisan Atas:

  • 200gm gula melaka
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • 1/4 cawan tepung gandum + tambah 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur gred B

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan lapisan bawah dalam sebuah loyang kecuali bunga telang, kacau rata. Tenggelamkan bunga telang secara berserak, untuk mendapatkan tompok-tompok biru dalam pulut tadi. Diatasnya letak daun pandan yang disimpul, kemudian kukus hingga masak (anggaran 20 minit).

2. Keluarkan daun pandan dan bunga telang dan kacau rata pulut. Masukkan pulut dalam loyang saiz 6 inci yang telah dilapik plastik (ini paling kecil saya ada), kalau ada saiz 5 inci lagi cun. Sebab resepi ni memang untuk saiz kecil, bagus untuk beginner macam saya. Tekan-tekan bagi padat, ketepikan.

3. Lapisan atas; Masak gula melaka, daun pandan dan air hingga gula larut, sejukkan. Satukan semua bahan lain dalam mangkuk, masukkan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan hand whisk. Tapis dan tuang atas lapisan pulut tadi, kukus hingga masak, lebih kurang 20 minit.

4. Sejukkan sebelum dipotong, guna pisau plastik yang keras dan nipis supaya kuih cantik. Siap, selamat mencuba. Alhamdulillah.

Gula Loyang Petak Macam Ni Baru Hasil Potongan Kuih Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resipi Seri Muka Gula Melaka Bunga Telang

Resipi Oleh: Faiz Faizal