Resipi Homemade Yogurt Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Homemade Yogurt Guna 3 Bahan Sahaja

Asal pegi mall je anak anak borong air vitagen, air yogurt, yogurt dan macam macam lagi jenis makanan minuman yang berasaskan yogurt. Tapi mak mak, kadang risau kan, jumlah gula yang terlalu tinggi tu. Duit pun banyak jugak ni keluar untuk beli semua tu. Boleh pokai camni.

Jadi, jom Syifa kongsikan dengan korang semua maca mana cara buat yogurt sendiri kat rumah. Insyallah lebih sihat dan lebih jimat, yang penting kalau buat dengan kasih sayang, boleh beri kesan yang lebih baik untuk keluarga kita.

Owh, sebelum tu, antara kebaikan yogurt ialah:

  1. Mengandungi probiotik baik untuk usus. Bantu dalam proses pencernaan
  2. Mengandungi banyak nutrien yang tinggi khasiat.
  3. Baik untuk tulang. Menguatkan tulang.
  4. Bagus untuk menjaga berat badan, kawal selera makan, kenyang lebih lama.
  5. Bagus untuk kulit, kurangkan pori di muka.
  6. Protein tinggi.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • Susu fresh – Syifa guna jenama farm fresh. Boleh guna berapa bnyk pun korang nak guna. Syifa buat 4 liter. Sebab anak anak memang hari-hari makan yogurt.
  • Yogurt asli sebagai starters. Syifa guna jenama dutch lady low fat perisa asli.
  • Limau nipis 4-5 biji

Cara Membuat:

1. Jika susu dan yogurt ada dalam peti ais, bawak keluar dulu dan biar sama suhu dekat luar. Kemudian panaskan susu, jangan sampai menggelegak. Syifa guna susu fresh dari farm fresh. Untuk ibu yogurt atau starter., Syifa guna dutch lady low fat yogurt yan takde perisa ye.

2. Agak-agak susu dah suam-suam tu, bila titik kat tangan tak sakit, boleh matikan api. Kacau-kacau bagi hilang panas pastu boleh masukkan yogurt starter. Kultur hidup dalam tu boleh mati kalau susu panas. Jadi make sure sebelum letak yogurt, susu tak panas sangat.

3. Lepas tu, Syifa perah limau 5 biji untuk 2 botol besar susu. Kacau pelan-pelan. Then boleh tuang dalam botol yang sama. Bungkus dan peram dalam 8 jam, dalam suhu bilik. Lepas 8 jam boleh letak dalam freezer.

4. Bila nak makan, boleh makan camtu je, atau leh campur dengan apa-apa bahan lain. Syifa penah buat sos strawberry tanpa gula, campur dengan avocado dan macam-macam buah lagi boleh mix.

5. Kalau nak buat jadi air yogurt, tambah air sikit. Boleh letak sunquic ke, rebina ke, ikut creativiti sendiri.

Dapatkan Susu Farm Fresh UHT Dekat Sini Lebih Jimat >> KLIK DI SINI

Resipi Homemade Yogurt Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Oleh: Kasyifah Ibrahim