Resipi Kek Lapis Miri Memang Mudah
Lama sungguh tak bersiaran, harini sis nak kongsikan resepi kek lapis MIRI nama dia. Resepi ni dah lebih dari 30 tahun dalam simpanan, sumber resepi dah tak ingat, dari dalam majalah rasanya. Memang lama dah tak buat, so bila jumpa buku resepi tu, tergerak hati nak Cuba. Alhamdulillah, sedap sangat. Jadi sis simpan di sini pulak, boleh cuba ya. Tak susah mana pun, moga resepi ni bermanfaat untuk semua.
Bahan-Bahan:
- 4 biji telur gred A
- 1 cawan gula halus
- 3/4 cawan tpg gandum
- 3/4 cawan tpg naik sendiri
- 1 cawan mentega
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh Essen vanilla
- 5 sudu besar susu pekat
- 3 sudu besar Oren sunquick – Hat ni sis tambah sebab tak nak bau telur, tak nak letak pun ok je
- Asam Manis secukupnya (haw flakes)
- 1 bgks biskut marrie
- Pewarna makanan
Cara Membuat:
1. Mentega + gula dipukul, masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla dan susu pekat, pukul hingga gebu. Satukan tepung dengan baking powder, masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Gaul rata.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, warna yang berbeza. Untuk kalini sis buat hijau kuning, yang warna hijau tu boleh masukkan esen pandan kalau suka.
3. Sebelum tu, panaskan air kukusan. Loyang eloklah dilapik dengan baking paper dan dioles dengan mentega, untuk memudahkan proses keluarkan kek.
4. Proses melapis; Sendukkan adunan yang hijau (dalam 2 senduk) ratakan dan kukus dalam 10 minit, keluarkan. Susun asam manis selapis lepastu susun biskut marrie selapis, tak payah rapat-rapat. Sendukkan pulak adunan kuning meliputi permukaan, kukus lagi 10 minit.
5. Ulangi proses yang sama sampai habis. Untuk saiz loyang 10×10, 4 Kali proses melapis. Bila dah last proses, atas permukaan kek susun asam manis sahaja. Kali ni kukus lama sikit dalam 20 minit atau sampai nampak dah masak.
Nota:
- Untuk yang tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1/2 cawan.
- Pastikan air kukusan mendidih supaya kek tak bantat.
Peminat Kek Lapis Sarawak, Boleh Cuba Kek Lapis Kenyalang Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Marsha Yanie


