Masakan Thai, Mee

Bihun Celup Thai Sedap Makan Panas-Panas

bihun-celup-thai-sedap-makan-panas-panas

Bihun Celup Thai Sedap Makan Panas-Panas

Bila malam-malam terasa nak makan BIHUN CELUP THAI cuba cari bahan-bahan yang ada kat dapur bolehlah buat simple-simple jer. Sedap hirup kuahnya panas-panas, jom kita tengok resepi.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg tulang lembu/daging/ayam
  • Meat ball secukupnya
  • 1 labu bawang putih diketuk *
  • 1 ikat akar ketumbar diketuk *
  • Halia diketuk *
  • Serai diketuk *
  • Lengkuas diketuk *
  • Rempah sup bunjut
  • Kicap ikan
  • Kicap mountain Thai/kicap cair
  • Ajinomoto
  • Gula garam
  • Minyak untuk menumis
  • Air untuk kuah secukupnya

Cara Memasak:

1. Tumis bahan-bahan bertanda (*) yang diketuk tadi dan rempah sup bunjut hingga wangi.

2. Masukkan air, daging dan ayam. Rebus hingga daging dan ayam empuk. Kemudian masukkan meatball baru masukkan kicap ikan, kicap mountain Thai atau kicap cair, ajinomoto, gula dan garam. Kecilkan api. Biarkan kuah sentiasa panas.

3. Bila daging dah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis. Carik-carikkan isi ayam hingga halus.

4. Untuk hidangan; masukkan bihun, kangkung celur, taugeh, daging yang dihiris nipis-nipis, isi ayam dan tuangkan sup serta meatball ke dalam mangkuk bihun.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kari Hijau Thai

5. Taburkan chili flakes, bawang goreng, cili jeruk, air lada dan serbuk lada sulah dan siap untuk dihidangkan.

Bahan-Bahan Celur:

  • Kangkung/sawi
  • Bihun/keaw teaw/mee/maggie

Bahan-Bahan Tambahan:

  • Daun ketumbar – hiris kasar
  • Daun bawang “
  • Chili flakes
  • Cili jeruk
  • Bawang goreng
  • Serbuk lada sulah
  • Air lada (cili padi merah + cuka + garam + gula diblend)
Bihun Celup Thai Sedap Makan Panas-Panas

Resepi Oleh: Rozmaliza Omar