Resipi Kek Pandan Cheese Leleh Gula Melaka

Resipi Kek Pandan Cheese Leleh Gula Melaka

Hai korang jom kita menjamu selera dengan manisan yang lemak berkrim menggunakan SANTAN S&P. Santan perisa PANDAN sedap tak terkata, tak cukup sebiji.

Bahan-Bahan:

  • 1/4 cawan santan S&P perisa pandan
  • 11/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar ovalet
  • 3 biji telur saiz B
  • Sedikit pewarna makanan hijau

Cara Membuat Kek:

1. Putar telur, gula, dan ovalet hingga gebu. Masukkan Santan S&P perisa pandan dan kacau rata. Masukkan minyak masak, kacau lagi. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri yang telah diayak.

2. Tuang dalam acuan yang disapu minyak, kukus hingga masak selama 35 hingga 40 minit. Guna api kuat semasa mengukus. Bila dah masak, sejukkan disuhu bilik sebelum dihidang bersama cream cheese dan sos karamel gula melaka.

Bahan Cream Cheese Leleh:

  • 125gm cream cheese
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 cawan dairy whipping cream

Cara Membuat: Lembutkan cream cheese disuhu bilik. Potong kecil, masukkan dalam mangkuk. Tuang susu pekat manis dan krim putar. Pukul hingga sebati. Siap!

Bahan Karamel Gula Melaka Bersantan:

  • 1/4 cawan santan S&P perisa pandan
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/4 cawan air
  • 1 ketul gula melaka bersaiz kecil
  • Secubit garam halus

Cara Membuat: Masak gula dan air hingga cair. Masukkan garam dan mentega, kacau rata. Akhir sekali masukkan Santan S & P. Kacau rata dan tutup api.

Peminat Kek Butter Boleh Cuba Premium Butter Cake Homemade Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Kek Pandan Cheese Leleh Gula Melaka

Resipi Oleh: Faiz Faizal