
Resepi Kari Ikan Kembong Mamak Style
As,salamualaikum. Zizah nak share resepi masak kari ikan kembong mamak style. In syaa Allah, rasanye sangat sedap, ikut sukatan yang zizah bagi ni pasti menjadi. Sukatan ni zizah buat untuk ikan kembong 4 ekor. Kalau korang nak buat banyak lebihkan sukatannye.
Bahan-Bahan:
- Ikan kembong 4 ekor
Bahan A:
- Daun kari (banyak pun takpe sebab aroma dia yang sedap)
- Halba campur guna 1/2 peket sahaja (wajib ada kalau buat kari ikan)
- Rempah 3 sekawan
Bahan B:
- Halia sikit jer dah cukup
- Bawang kecil 5 bijik (ni yang sedap sebab rase manis)
- Bawang putih 4 ulas
Blender halus bahan di atas, kalau boleh jangan banyak air.
- Tomato potong dadu 1 bijik (wajib ada kalau masak kari ikan)
Bahan D: Air asam jawa (Jangan banyak nanti masam pulak)
Bahan C:
- Rempah kari ikan cap O 1 peket (guna habis)
- Serbuk kuyit 1 sudu
- Serbuk cili 2 sudu
Bancuh bahan di atas dengan air.
Bahan E: Santan dalam 4 sudu jer – Kalau tak mau letak pun takpe.
Bahan F: Bendi/terung – Terpulang
Cara Memasak:
1. Tumis bahan A sampai naik bau yang ni memang kene guna minyak banyak sikit yer. Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanye, yang ni banyak orang gagal buat.
2. Lepas naik bau baru masukkan bahan B. Bila sume dah sebati, masukan bahan C dan tumis sampai pecah minyak. Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanye sebati.
3. Masukkan pulak air asam jawa, agak-agak nak kuah banyak mana. Jangan cair sangat nanti tak sedap, agak-agak kepekatan macam mana kita nak. Zizah suke kuah pekat baru sedap, baru rasa macam kari mamak gitu tak moh ceroi kuahnye.
4. Seterusnya, masukkan ikan dan lepastu masukkan santan sikit. Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik macam ni. Kemudian, letak garam pastu letak bendi atau tomato belah 4. Ikot citarasa masing-masing. Alhamdulillah dah siap.
Nota: Masak kari akan sedap dan sebati bila dah 1 jam selepas masak. Satu lagi nak bagi tahu, kuah kari akan rase masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam tu tak sebati lagi dengan kuah. Lepas 1 jam kita makan semua rase dah sebati time tu baru rase sempurna lauk kari. Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Siti Nor Azizah Rahim