Resipi Ayam Bakar Kicap Juicy dan Sedap

Resipi Ayam Bakar Kicap Juicy dan Sedap

Ayam bakar kicap yang juicy dan sedap. Tak diperlu diperap pun. Tahap kepedasannya tu boleh adjust kuantiti cilinya. Sangat sedap dihidangkan bersama dengan sambal tomato. Bagi yang gemar cuba resepi baru, korang patut cuba resepi ni.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 3 helai daun salam/bay
  • 400 ml air
  • Gula perang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam

Bahan Kisar:

  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili api
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit
  • 3 cm halia

Cara Membuat:

1. Blendkan semua bahan kisar. Panaskan minyak berserta mentega. Tumiskan bahan kisar, cili kisar dan daun bay sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa dan kicap manis. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan gula perang dan garam. Kuantitinya mengikut citarasa masing-masing, jika suka manis boleh lebihkan. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan hingga rempahnya menyaluti ayam. Masukkan air dan biarkan sehingga kuahnya agak kering, lebih kurang dalam 15 – 25 minit. Masa ni ikut pada saiz ayam, cik tie guna ayam saiz kecil dalam 15 minit sahaja. Bagi ayam bersaiz besar perlu dimasak lebih lama.

3. Keluarkan ayam. Bakar ayam dalam oven selama 20 minit pada suhu 170C. Pastikan oven dipanaskan dahulu dalam 15 minit. Letakkan ayam di rak paras dua gunakan api api atas bawah. Terbaik ayam di bakar di atas jaring, jika di atas dulang nanti bahagian bawahnya jadi basah. Di rak paling bawah letakkan tray yang di alas aluminium foil supaya air ayam menitik di atas tray.

4. Pada minit ke 10 sapukan ayam dengan kuahnya, supaya ayam nampak lebih cantik dan berkilat. Sambung lagi bakar selama 10 minit. Siap, boleh hidangkan dengan nasi panas dan sambal tomato.

Makan Dengan Sambal Minang Ni, Sedap Dan Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resipi Ayam Bakar Kicap Juicy dan Sedap

Resipi Oleh: Khadijah Jaafar