Resipi Kek Marble Red Velvet Vanilla
Dua perisa kegemaran disatukan dalam satu kek yang cantik! perisa red velvet yang moist bertemu dengan perisa vanilla yang lembut, diadun jadi marble yang memukau mata. Bukan sahaja cantik dipotong, rasanya pun memang premium! Sesuai sangat untuk hidangan istimewa atau kejutan buat yang tersayang. Gebu, moist, dan tak muak!
Bahan-Bahan:
- Telur Gred A 5 biji (pastikan suhu bilik)
- Ovelet 1 sudu besar
- Gula castor 120gram
- Tepung Naik sendiri 220gram (Blue Key)
- 1 sudu kecil Baking Powder
- 1 sudu kecil Soda bikarbonat
- Susu Cair Dutch lady (80gram)
- Mentega/butter dicairkan 150gram dan disejukkan
- 1 sudu Besar emulco Red velvet
- Sedikit Pewarna Red Bright
- 1 sudu kecil esen Vanilla
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega yang dicairkan. Putar dengan kelajuan slow dahulu supaya tepung tak bersepah, selepas itu naikkan kelajuan ke tahap paling laju selama 2 minit atau sehingga adunan berubah menjadi kembang dan putih.
2. Selepas itu, baru masukkan mentega dan kaup balik sahaja supaya kek lembut dan gebu. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 adunan kosong dan 1 adunan masukkan emulco red velvet. Masukkan dalam loyang saiz 8 atau 9 inci.
3. Akhir sekali, bakar dengan suhu 140c selama 50 minit. Selepas masak terus keluarkan kek dari loyang untuk elakkan kek menjadi kecut. Selamat mencuba.
Saya halalkan resepi ini doakan saya agar dipermudahkan segala urusan dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik mudah-mudahan Aamin.
Peminat Kek Butter Boleh Cuba Premium Butter Cake Homemade Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Puan Zeera Ghozali


