Resipi Kek Buah Kukus Tahan Lebih Lama
Buat lagi kek buah kukus, kek yang paling lama tahan. Lagi lama, lagi moist. Kek legend. Alhamdulilah siap kek buah kukus semalam. Lagi lama simpan lagi kek tu moist, suka sangat kek legend ni.
Bahan-Bahan: Loyang 8 inci
- 1 ketul butter
- 1/2 cawan air panas
- 1 1/2 cawan gula Pasir dibuat gula hangus
- Buah kismis hitam 2 cawan
- Buahan campuran 1 cawan
- 4 cawan tepung gandum
- 3 Biji telur gred A@B
- Gula aising 1/2 cawan
- Susu pekat manis 3 sudu besar
- Esen Oren 1 Sudu kecik
- Krim of tartar 1 sudu kecik
- Baking powder 1 sudu kecik
- Soda bicarbonate 1sudu kecik
- Oren sunquick 3 sudu kecik
Cara Membuat:
1. Masak gula pasir hingga hangus jadikan caramel. Bila dah jadi caramel, masukan air dan kacau sebati. Masukan butter, kacau hingga larut.
2. Masukan kismis dan buah campuran, biarkan seketika hingga buah kismis menjadi lembut. Masukan esen oren dan sunquick. Bila dah sebati ketepikan biarkan agak suam. Putar telur bersama gula aising dan susu pekat, pukul hingga kembang.
3. Ayak tepung gandum bersama ketiga-tiga bahan kering iaitu krim of tartar, baking powder, dan soda bicarbonate. Masukkan tepung yang telah diayak di dalam adunan buah campuran tadi.
4. Kacau sebati baru masukkan telur yang telah diputarkan. Kacau sebati baru masukan di dalam tin pembakar, tutup dengan kain atau plastik jernih dan ikat keliling dengan tali supaya air tidak masuk bila dikukus nanti.
5. Panaskan kukusan terlebih dahulu baru kukus selama 4 jam. Kena sentiasa perhati air kukusan takut kering. Tambahkan air bila agak-agak air kukusan kering.
6. Selepas 4 jam baru angkat dan simpan dalam bekas bertutup supaya kek kukus akan menjadi lembab dan moist. Selamat mencuba.
Peminat Kek Kukus Boleh Cuba Kek Kukus Moist Ni >> KEK KUKUS MOIST

Resipi Oleh: Rohani Ronnie


