Resepi Mango Cheesecake Mudah Tak Perlu Bakar

Resepi Mango Cheesecake Mudah Tak Perlu Bakar

Hai semua, hari ni ariana nak share cara ariana buat mango cheesecake. Yang pasti bila makan tak cukup 1 slice.

Bahan-Bahan:

  • 160gram biskut marie (dikisar halus/ditumbuk hancur)
  • 90gram butter (dicairkan)
  • 2 biji mangga (dikisar dijadikan puri)
  • 1 sudu besar air jus lemon
  • 500gram cream cheese
  • 200gram whipping cream
  • 1sk esen vanila
  • 140gram gula castor
  • 100gram puri mangga
  • 2 1/2 sudu besar air jus lemon
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gelatin + 80ml air panas – kacau sebati

Bahan Manggo Jelly:

  • 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas – kacau sebati
  • 200gram puri mangga

Cara Membuat:

1. Mula-mula kisar dulu biskut marie hingga hancur atau ketuk je sampai hancur. Letak dalam plastik baru ketuk. Bila dah hancur, masukkan biskut dalam bekas bersama butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

2. Masukkan biskut tadi dalam loyang 8 inci. Tekan sehingga padat dan rata. Guna loyang yang boleh dibuka tepi atau boleh tolak dari bawah. Sejukkan selama 30 minit. Boleh letak dalam frezer.

3. Untuk buat puri mangga, ariana guna 2 biji mangga. Jangan lupa buang kulit. 1 biji lemon ni pula di ambil jusnya. Ketepikan. Kisar mangga tadi bersama 1 sudu air jus lemon sahaja. Kisar sehingga hancur dan licin. Lebihan air lemon simpan dulu.

4. Sebelum buat adunan cheese, ariana buat air gelatin dahulu. 2 sudu gelatin + air panas 80ml. Kacau sehingga sebati. Ketepikan. Dalam bekas masukkan cream cheese, whipping cream, gula kastor, esen vanila, air jus lemon. Mix kesemua bahan ni sehingga kembang dan licin. Pastikan tidak berketul.

5. Bila adunan dah licin masukkan puri mangga. Mix sehingga sebati. Bila adunan dah licin. Masukkan susu pekat manis dan air gelatin tadi. Mix sehingga adunan sebati. Keluarkan semula loyang tadi dan tuang adunan cheese. Sejukkan selama 2-3 jam. Boleh letak dalam chiller atau frezer. Pastikan cheese jadi pejal.

6. Untuk adunan manggo jelly pula, ariana buat air gelatin dahulu. 1 sudu besar gelatin + 50ml air panas. Kacau sehingga sebati. Ketepikan sehingga sejuk. Masukkan air gelatin tadi ke dalam mangkuk bersama puri manga. Kacau sehingga sebati. Buat adunan puri manga ni 10 minit sebelum keluarkan cheese dari peti.

7. Tuang adunan puri mangga dalam loyang. Untuk dapatkan lapisan atas yang licin, jangan rata guna sudu. Sengetkan sikit loyang supaya rata ke tepi. Sejukkan semula selama 7-8 jam dalam peti ais biasa atau chiller.

8. Bila dah sejuk, bolehlah keluarkan dari loyang. Kalau guna loyang yang boleh buka bawah, letak cawan kat bawah loyang dan tolaklah loyang ke bawah. Bolehlah potong dan hidangkan.

Boleh Guna Loyang Bulat Macam Ni, Mudah Nak Keluarkan Kek Nanti >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Ariana Sofia Ahmad