Resipi Strawberry Rose Cheesecake Tanpa Bakar

Resipi Strawberry Rose Cheesecake Tanpa Bakar

Saya bukan penggemar strawberry tapi bila dah try resepi ni, jadi ketagih pulak! Combination strawberry and rose tu memang sedap sangat. Resepi ni sangat mudah but rich with flavours. Tak perlu telur dan tak perlu masuk oven. Follow step by step confirm jadi! Selamat Mencuba.

Bahan A: Botton Crust

  • Oreo Cookies tanpa cream (hancurkan jadi crumbs, ikut selera masing-masing berapa tebal crust dia yang kita nak)
  • Buttercup – 1 Senduk besar (cairkan)

Bahan B: Cheese Cream

  • Cream Cheese 250g (any type)
  • Gula Castor 1 senduk
  • Whipping Cream 1 kotak kecil 200ml
  • Gelatin 1 sudu besar (kacau dengan 2 sudu besar air panas sampai jadi jernih)
  • Rose Extract – 1 1/2 sudu kecil
  • Pewarna Rose – 1-2 titik sahaja

Bahan C: Topping

  • Strawberry 10 biji
  • Gula Putih 1 senduk
  • Perahan Lemon 1 senduk
  • Strawberry Flavours 1 sudu kecil

Cara Membuat:

1. Bahan A; Satukan sampai sebati dan letakkan bahagian paling bawah bekas, ratakan betul-betul bagi padat. Ketebalan tu adjustlah sendiri ikut selera tekak masing-masing. Bila dah siap, sejukkan sekejap dalam 30 minutes to 1 hour!.

2. Bahan B; Putarkan cream cheese dengan gula castor sampai gula hancur dan tak berketul. Then, masukkan whipping cream tapi slow beat sahaja sampai dia naik gebu dan agak kental. Bila cream dah ready masukkan rose extract dan pewarna rose kacau manja manja sahaja. Jangan over beat! Kalau nak cake tu set dan mudah untuk dipotong. Part ni boleh masukkan gelatin. Makesure don’t over beat!.

3. Dah siap masukkan dalam adunan tadi, then letak dalam fridge for 3-4 hours (bagi yang ada gelatin) yang tak letak gelatin better stay in fridge for one night!.

4. Bahan C; Satukan semua bahan tu dalam blender dengan 1/2 cawan air. Masak dalam pan sampai dia pekat! Adjustkan rasa dia sesuai selera masing-masing. Saya suka masam, so saya lebihkan perahan lemon. Boleh letak strawberry flavours bagi more kick! Ketepikan sampai betul-betul sejuk. Tuang atas layer cheese cream tadi. Sejukkan dalam peti balik for 1 hour. Siap!

Peminat Kek Butter Boleh Cuba Premium Butter Cake Homemade Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Strawberry Rose Cheesecake Tanpa Bakar

Resipi Oleh: ILa Shahmila