
Cara Buat Roti Susu Pekat Manis
Hari ni cuba roti susu pekat pulak. Hobi saya mencuba macam-macam jenis roti sambil-sambil tu boleh bagi anak-anak makan.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan susu segar
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 biji telur
- 2 sudu besar gula kastor
- 2 1/4 sudu kecil yis
Campur semua bahan di atas dan kacau rata.
Masukkan;
- 2 cawan tepung roti
- 1 1/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 50gm mentega/marjerin
Uli sehingga doh elastik. Rehatkan selama sejam.
Selepas sejam, ambil doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai lebih kurang 1 cm kemudian gulung kemas. Potong kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam loaf pan. Ulangi langkah yg sama utk satu bahagian lagi.
Rehatkan lebih kurang 45 minit dan sapu egg wash di atasnya. Bakar dengan suhu 180° selama 20-22 minit. Jangan lupa panaskan oven 5-10 minit terlebih dahulu.
Egg wash;
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
Selepas keluar dari oven, sapu bahagian atas roti dengan campuran mentega (3 sudu besar) dan susu pekat (3 sudu besar). Bagi mengelakkan roti nampak terlalu garing di bahagian atas dan bawah seperti gambar di bawah.
Resepi Oleh: Rosmawati Abdul Wahab