Puding

Resepi Puding Biskut Marie Edisi Kurang Manis

resepi-puding-biskut-marie-edisi-kurang-manis

Resepi Puding Biskut Marie Edisi Kurang Manis

Resepi ni saya guide supaya hampa faham, penuh detail bedasarkan komen-komen lepas. InsyaAllah saya karang sampai hampa faham.

Bahan-Bahan: Loyang saiz 8 inci

Lapisan Pertama – COKLAT

  • 12g agar-agar tali
  • 4 cawan air (1 cawan air = 250ml)
  • 1 cawan dairy whipping cream (kalau takde gantikan dengan susu cair)
  • 1 sudu makan butter – Tak kesah salted or unsalted. Pakai buttercup pun boleh.
  • 7 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 5 sudu makan milo (Sudu makan tu yang sudu besaq kita buat makan apa-apa tu tau)
  • secubit garam
  • 1/2 cawan dark chocolate
  • 3/4 cawan gula (190 gram gula)

Lapisan Kedua: PUTIH

  • 6 gram agar agar tali
  • 2 cawan air
  • 1 cawaan susu cair
  • 1/4 cawan gula (80 gram gula)
  • 1 sudu kecil essen vanila

Cara Membuat:

Lapisan Pertama – COKLAT

1. Masukkan 4 cawan air + 12g agar-agar tali yang telah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 3/4 cawan gula. Kacau sebati hingga gula larut.

2. Bila dah larut, masukkan 5 sudu makan milo + 1 sudu makan serbuk nescafe. Kacau sebati. Dah sebati, masukkan pula 7 sudu makan serbuk koko. Kacau sebati.

3. Selepas itu, masukkan 1 cawan dairy whipping cream (kalau takde gantikan dengan susu cair). Kacau sampai separuh sebati dan masukkan 1 sudu makan butter.

4. Gaul sebati biar sampai jadi sekata dan satu warna serta tiada ketulan. Bila nampak dia dah sebati biarkan dia mendidih. Jangan kacau. Biarkan ia mendidih dalam 1-2 minit sahaja.

5. Bila dah mendidih tadi masukkan 1/2 cawan dark chocolate. Kacau atas api yang perlahan. Dah sebati, terus off api. Masukkan secubit garam, kacau sebati dan biarkan dalam 3-4 minit baru tuang atas loyang.

Cuba Resepi Ni:  Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie

6. Tuang atas loyang dulu adunan tadi sampai tak nampak base loyang, then baru letak biskut marrie. Dah penuh satu loyang, cover balik dengan adunan coklat tadi sampai menutupi lapisan marie tadi.

7. Setkan dalam peti sejuk selama 2 minit sahaja, then sambung letak lagi biskut marie. Dan terus cover dengan lebihan coklat tadi. Means ada 2 lapis je lapisan biskut marie tadi. Setkan dalam peti sementara buat lapisan putih.

Lapisan Kedua: PUTIH

9. Letakkan 2 cawan air + 6 gram agar-agar tali yang dah dibasuh. Biarkan mendidih dan terlerai agar-agar tali tadi, baru masukkan 1/4 gula. Dah larut, masukkan 1 cawan susu cair.

10. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam 1-2 minit. Off api dan masukkan 1 sudu kecil essen vanila. Gaul sebati, ketepikan dalam 3-4 minit baru tuang atas lapisan coklat yang dah set tadi.

11. Cucuk-cucuk dengan garpu dulu tau agar lapisan melekat dan tak terpisah bila potong. Tuang rendah dan perlahan lahan. Setkan dalam 4 jam dan boleh makan. Selamat mencuba!.

Resepi Puding Biskut Marie Edisi Kurang Manis

Resepi Oleh: Muhammad Ali