Resipi Ikan Masak Steam ala Thai

Resipi Ikan Masak Steam ala Thai

Siapa suke ikan masak steam? Disebabkan mak kene repeat minum air gula 28 weeks nanti, so dari hari ini mak dah kene on diet dari makan yang minyak-minyak dan lemak. So menu sihat arini korang boleh follow, kalau korang teringin nak makan tapi nak jimat. Kadang-kadang anak ramai ni, makan kat rumah lagi selesa lagi jimat kos.

Bahan-Bahan:

  • Ikan yang sesuai (arini mak guna ikan bawal putih) – Bersihkan dengan tepung dan bilas dengan air. Perah asam limau dan rendam selama 10 minit. Bersihkan, kemudian mak perah lagi limau kasturi dan lumur garam. Perap selama 10 minit lagi dalam peti ais.

Bahan-Bahan Tabur dan Sumbat:

  • Halia hiris (ikut banyak mana korang rasa nak kuat atau tak bau halia tu)
  • Serai dititik – lagi banyak lagi best bau die sebab nak sumbat perut ikan sekali.
  • Bawang holand – hiris kasar

Bahan-Bahan Gravy:

  • 10-20 tangkai cili padi
  • Bawang putih 5-6 ulas
  • Akar ketumbar 3 batang

Tumbuk kasar bahan-bahan atas tu, nak guna chopper pun boleh ya.

  • 2 cawan air
  • 2 sb gula
  • 2 biji limau nipis perah airnya
  • 1 kiub ayam
  • 2 – 3 sb sos ikan
  • sedikit ajinomoto
  • 1 sb tepung jagung

Cara Memasak:

1. Ok kita kukus ikan selama 10 minit. Cara dia, susun ikan dalam loyang atau bekas aluminium. Ikan kita letak sumbat perut die dengan halia dan serai. Bawang holand taburkan kat atasnya. Kukus selama 10 minit.

2. Sementara tu, sediakan bahan gravy die atau kuah. Sediakan 2 cawan air, didihkan bersama dengan 2 sb gula, 2 biji limau nipis diperah airnya, dan 1 kiub ayam. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi serta sos ikan dan sedikit ajinomoto.

3. Korang rasa kalau kurang masin, tambah la garam dan kalau nak rasa masam, tambah perahan limau. Lepas tu, korang boleh tambah 1 sb tepung jagung dilarutkan dalam air panas sikit, masukkan ke dalam kuah dan kacau. Matikan api.

4. Setersunya, keluakan ikan dan tuang sos tadi serta kita susun eksesorinya bagi nampak meriah. Eksesori ni korang letak la ape yang korang rasa sesuai ok. Korang nak perah lagi limau atas ikan pun boleh.

5. Siap dan steamkan selama 10-15 minit lagi dan angkat. Tabur daun ketumbar dan kalau suke nak letak cili padi potong pun boleh. Makan dengan nasi panas dan sambal belacan ulam timun ah mantap.

Guna Pengukus Macam Ni Baru Ikan Masak Dengan Sempurna >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Azlina Ina